Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEBELUM PAS TINGGAL NYAWA IKAN

Selasa, 9 September 2014

Pasma a.k.a. Stimganja Akan Ganti PAS. Mai-Mai Daum Banyak Lagi Nih.

Bukan main lagi isu Pasma dicanangkan untuk menunjukkan kehebatan Pasma yang akan ganti PAS dengan barisan pemimpin-pemimpin yang semuanya hebat belaka. Pasma yang baru ditubuhkan telah berjaya mengumpul ahli seramai 100,000 (3 kosong tuh gua yang tambah bagi hebat sikit). Dengan logo berlambangkan daun 'GANJA' pasti akan menarik lebih lagi anak-anak muda untuk menyertainya. Dengan meletakkan daun ganja pasti ramai yang akan bertukar tabiat dari Ketum kepada Ganja. Gua tak pasti betul atau tidak dengan logo Pasma nih dan jika betul, pasti ROS terlepas pandang.

www.bebaskanmalaysia.blogspot.com
Mai ramai-ramai perkena Pasma dulu
www.bebaskanmalaysia.blogspot.com
Jika logo asal diharamkan maka boleh guna logo kat atas

Presiden Pasma pertama
Pengasas Pasma Phahrolrazi Zawawi 

Al-Marhum Ustaz Azizan Razak
Al-Marhum Ustaz Azizan mantan MB Kedah
 
Tahukah lu pengasas Pasma, Phahrolrazi inilah yang tikam al-Marhum Ustaz Azizan dan kucar-kacirkan pentadbiran kerajaan Kedah yang diterajui oleh Ustaz Azizan sehinggakan beliau sanggup mengabaikan penyakitnya sehingga kedua-dua kakinya dipotong dan akhirnya beliau menghembus nafas terakhir demi mempertahankan kerajaan Pakatan Kedah.

Beliaulah yang membuat onar dalam pentadbiran Kedah dengan menuduh Ustaz Azizan lebih mementingkan PKR dari PAS sendiri. Jika cerita tidak didedahkan pasti sampai hari ini al-Marhum Ustaz Azizan akan dipersalahkan termasuk TGHH. Kesudahannya segala tembelang beliau dan sekutunya terdedah satu demi satu. Jika mengikut onar yang di lakukannya pasti beliau dianggap kurang mesra dengan PKR tetapi dengan penubuhan Pasma barulah rakyat Kedah sedar siapa Phahrolrazi sebenarnya.

Pasma yang beliau tubuhkan adalah demi mempertahankan PAS dari keluar dari Pakatan dan siapa pula yang berada dalam Pakatan jika tidak PKR. Inilah permainan jahat beliau sehinggakan membawa kematian ketua beliau sendiri. Adakah beliau berasa bersalah dengan perbuatan jahatnya itu, tidak bagi beliau malah beliau dengan bangga meletakkan dirinya sebaris dengan presiden dan Mursyidul Am PAS. Penubuhan Pasma adalah semata-mata beliau ingin menunjukkan betapa hebatnya beliau untuk mencorak PAS bersama macai-macai yang tengah stim ganja.


Beliau dengan angkuh menolak seruan al-Marhum TG Fadzil Nor yang menyeru sesiapa yang menyertai PAS hendaklah meninggalkan jemaah ikutan mereka. Ini bukan sekadar menolak, malah beliau mencabar Amanat TG Fadzil Nor dengan menubuhkan jemaah didalam PAS. Inilah keangkuhan yang ada pada macai-macai Ketum yang semakin melampau sejak kebelakangan ini. Gua ada petik sedikit kenyataan pengkhianat PAS ini dibawah...

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menolak tanggapan pihak tertentu bahawa kehadiran NGO yang ditubuhkan kira-kira sebulan itu, sebagai satu kelangsungan "projek" untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menafikan andaian bahawa kehadiran NGO itu, walaupun ditubuhkan oleh ahli PAS itu, adalah untuk menentukan kepimpinan parti itu dalam pemilihan parti.

"Saya menafikan (dakwaan itu) bahawa kita mahu 'melanggar presiden', untuk menjatuhkan presiden. Itu bukan kerja kita. Kita kerja bukan nak pergi mengundi dalam muktamar PAS, kecuali orang itu jadi perwakilan.

"Jatuh bangun presiden dan (anggota) jawatankuasa adalah kerja perwakilan muktamar PAS. Bukan kerja NGO. Orang luar tidak boleh buat apa-apa, terpulang kepada perwakilan.

"Kami tidak bekerja untuk menentukan kepimpinan PAS, PKR dan DAP. Itu hak perwakilan," katanya dalam forum 'PAS campur Umno: Ke mana hala tuju?' di ibu negara malam tadi.

ADUN Pengkalan Kundor yang masih ahli PAS itu menjawab soalan hadirin berhubung sejauh mana kebenaran kehadiran NGO itu sebagai kelangsungan untuk mahu menjatuhkan Abdul Hadi sebagai presiden PAS dalam pemilihan parti.

Sebaliknya, Phahrolrazi menjelaskan NGO itu mahu memastikan PAS kekal dalam Pakatan Rakyat sekalipun ada kepimpinan PAS yang merasakan kehadiran mereka sebagai 'ancaman' kepada parti itu.

"Kita kena selesai pemikiran ini. Ada pemimpin yang tidak benar ahli PAS sertai PasMa, kemudian, tarik balik. Ini kekangan yang perlu diselesaikan," katanya.
'Politik mirip Fadzil Noor'

Menurut beliau, pihaknya juga akan membuat siri kempen jelajah di setiap negeri bagi memupuk kesedaran penyokong Pakatan Rakyat supaya memperkukuh lagi gabungan pembangkang itu.

"Kita mahu mengukuhkan (Pakatan) yang sedia ada. Lebih baik kita menyelesaikan kemelut yang sedia ada sekarang. Itu harapannya.

"Kita tidak mahu adanya perbezaan pendapat. Tapi apa yang berlaku sekarang kita beri peluang kepada musuh. Umno tak payah buat kerja.

"Sepatutnya kita memberi tumpuan untuk menghadapi BN/Umno. Kita turun padang, tetapi tindakan kita, nampaknya menjejaskan sokongan rakyat," katanya sambil mengulangi pendirian bahawa NGO itu tidak berniat untuk menjadi parti politik.

"Takkan saya nak keluar PAS dan bentuk parti politik lain," katanya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah.

Sebelum itu, Timbalan Presidennya, Mohamad Hussain melancarkan penubuhan NGO itu secara rasmi dan mengumumkan kepimpinan tertinggi NGO itu termasuk melantik ketua perhubungan di setiap negeri.

Beliau yang juga bekas ahli parlimen Pasir Puteh berkata pendekatan NGO itu ada mirip kepada gaya politik bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor tanpa menghurai lanjut mengenainya.

"Selepas pelancaran ini, kita akan melancarkan satu lagi di negeri Pahang. Di Bandar Temerloh," katanya sambil diiringi kira-kira 500 hadirin di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau nih tak belajar sejarah ker atau memang beliau jahil akan sejarah PAS. Ketaatan ahli PAS terhadap pemimpin selagi pemimpin itu tidak lari dari dasar parti. Walau pun sehebat mana pemimpin itu, jika mereka keluar dari PAS jemaah tidak sesekali meninggalkan PAS. PAS bukan baru berpolitik dan jika mengikut pola politik negara, PAS parti paling lama kerana Umno yang ada sekarang bukannya Umno yang asal selepas parti itu diharamkan.

Banyak parti-parti baru yang didaftar oleh para pemimpin PAS yang hebat-hebat, akhirnya hilang tidak bertanda dan PAS tetap bertahan. Sejarah hebat pergolakan dalam PAS ketika era Datuk Asri dan kumpulannya yang kemudiannya menubuhkan Hamim, PAS tetap kukuh kerana akar umbi PAS sememangnya hebat walau pun mereka bukan di kalangan ulama atau profesional. Mereka ini hanyalah orang kampung, petani, nelayan tetapi ketaatan mereka kepada PAS yang bertunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah tidak siapa boleh nafikan.

Bagi akar umbi, pemimpin boleh datang dan pergi tetapi PAS tiada tolak banding dengan pemimpin walau pun mereka buta huruf, tidak belajar tinggi tetapi apabila melibatkan pengorbanan mereka-mereka inilah tunjang kekuatan yang PAS miliki. Mereka bekerja menampal poster tanpa mengharapkan apa-apa balasan dunia kerana mereka ingin menuntutnya di akhirat nanti. Nampaknya lubang biawak sudah digali awal-awal oleh penaja Pasma a.k.a. Plasma a.k.a. Pastimganja a.k.a. Ketum. Nanti naik pulak gula dalam dalam si Pundek Alkusyen yang duk kutuk gelaran Attakiri sedangkan dia sendiri tak sedar guna gelaran apa 'ALkusyen'.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Pasmasyi baru ngam...gabung dgn iran

FIT said...

Si razi....jenis banggang ler tu

Anonymous said...

Semua sekolah tapi bodoh dan buta hati.. Masa ni x kira sapa dh,janji nafsu semata mata.

Anonymous said...

Ada akal tak nak guna,jangan syok sendiri sudah,cubalah buat parti pasma,tengok dlm pru,ada tk org sokong,pecat ja semua ni dr pas,kami ahli pas menyokong penuh jika mereka dipecat

Anonymous said...

Tak cukup dia mengharu birukan kedah,sekarang giliran pas pusat pula dia nak jahanamkan,apa sebenarnya si phahrol ni nak,dia ni sbnrnya sedih sebab tghh tk calonkan dia jd mb sel

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.