Pas jangan kritik sesama sendiri
IPOH – Pemimpin Pas diminta untuk tidak menyuarakan ketidakpuasan hati dan mengkritik secara terbuka antara satu sama lain.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, setiap pemimpin termasuk
ahli parti menggunakan saluran yang betul bagi menzahirkan pandangan
kepada parti.
“Gunakanlah semangat musyawarah sebagai saluran yang betul bagi
melahirkan pandangan kepada parti dan ahli juga disarankan tidak
menjadikan sumber-sumber yang tidak ada autoriti, media massa selain
daripada sumber dari parti untuk mendapat sebarang maklumat.
“Jentera parti di semua peringkat perlu terus melaksanakan agenda sebagaimana yang telah dirancang dan Pas Perak tetap berdiri teguh kepada parti dan presiden serta percaya beliau mampu menyelesaikan permasalahan ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, selagi pimpinan dan ahli Pas memelihara adab-adab berjemaah, krisis yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya.
“Sebagai ahli Pas, kita wajib menghormati Presiden sebagai pemimpin utama dan juga menghormati institusi tertinggi parti iaitu Majlis Syura Ulama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Pas.
“Namun, dalam masa yang sama kita juga sangat menyayangi pimpinan-pimpinan Pas yang lain dan kita harap semua ahli dapat bersabar serta bertenang dalam hal ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar tiada ahli Pas yang mengambil kesempatan
dari isu yang sedang melanda bertindak sebagai penghukum dengan
mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kurang enak didengar.
“Krisis yang berlaku ini pasti ada hikmah dan rahsianya, kita hanya
hamba ALLAH SWT yang kerdil dan jahil akan luasnya rahsia ALLAH SWT.
“Berilah kepercayaan kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama dengan pimpinan Pas yang lain mencari jalan bagi menyelesaikan kemelut ini dan mempertautkan kembali bibit-bibit yang boleh mengundang perpecahan,” katanya.
Kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor masih belum ada titik noktah apabila hanya Pas yang menghantar 3 nama calon sementara PKR dan DAP masih mengekalkan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal.
Jumaat lalu, Hadi berkata tindakannya menghantar lebih dua nama calon kepada pihak istana sebagai menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan mahu memudahkan baginda membuat pemilihan calon yang sesuai.
Bagaimanapun, tindakan Hadi itu dikritik PKR dan DAP sebagai tidak menghormati semangat setia kawan antara tiga parti pembangkang itu.
Pada 27 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah supaya parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih 2 nama sebagai calon menteri besar yang baharu.
Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai.

3 orang berkata:
X pyh berlakon la pasma....kalau nak tubuh parti baru silakan. Kita nak tengok berapa ramai ahli pas masuk pasma dan berapa ramai nak kekal dlm pas. Pengerusi pasma tu kenai islam sikit sbb dok dlm pas je...kalau x entah2 fatihah pun baca telo.
Presiden PASMAaaati tu sepatutnya dah dipecat dulu lagi bilamana dia terang-terang tentang Allahyarham Ustaz Azizan. Tp Presiden PAS ngan Majlis Syura pertahankan dia. La ni korang terima la penangan dia. Korang pi lepaskan anjing gila.. dia gigit la korang semula..Tak lama lagi korang pun dapat penyakit yg sama. Nuar LGE LKS dok gelak dari jauh ja... Kalu dah jadi lagu ni pun masih bebal nak tahalluf siasi ngan puak PKR DAP tu.. tak tau la apa yg ada dlm kepala hotak korang
Mufaroqoh ha dari puak PKR DAP. Toksah join UMNO/BN. Berjuang sendiri... kalah ka menang... bermaruah
Post a Comment