13/10/14
Ramai marah dengan kenyataan Najib
Kenyataan
Datuk Seri Najib Razak awal hari ini mengingatkan masyarakat Cina tidak
membuat tuntutan kepada kerajaan sekiranya mereka tidak menyokong
Barisan Nasional (BN) menerima kritikan hebat pemimpin pembangkang, ahli
akademik dan pengguna Internet.
Mereka berkata, sebagai perdana menteri
bagi sebuah negara, Najib seharusnya mewakili semua rakyat Malaysia dan
mendengar permintaan semua pihak, baik yang menyokong partinya mahu pun
yang menentang.
Pengguna media sosial pula,
sesetengahnya melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Najib yang
dibuat semasa berucap di Perhimpunan Agung MCA itu, mengatakan beliau
sendiri tidak berpegang kepada slogan 1Malaysia yang diilhamkannya.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis di dalam akaun Twitternya: "Masih terus dgn nada angkuh..."
Manakala, pengerusi DAP Selangor Tony
Pua menulis di status Facebook: "Memandangkan kami tidak menyokong
kerajaan BN dan Najib tidak mahu dengar permintaan kami, mungkin dia tak
perlu kutip cukai dari kami juga?"
Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan
ucapan Najib itu satu kesilapan besar dan tidak seharusnya dibuat oleh
seorang perdana menteri.
"Dia lupa yang dia selalu berkata dengan
bangga yang 'saya akan menjadi perdana menteri untuk semua.' Sekarang
dia bercakap sebagai seorang perdana menteri yang berpihak kepada satu
kumpulan," katanya sambil mengharapkan agar Najib menarik balik
kenyataannya.
Setiausaha DAP Anthony Loke bertanya
adakah Najib sedar yang konsep utama demokrasi ialah memberi hak kepada
rakyat memilih pemimpin mereka melalui proses pilihan raya.
"Oleh itu, menjadi tanggungjawab parti
yang membentuk kerajaan mentadbir negaranya selepas pilihan raya dan
berkhidmat kepada semua rakyat tanpa berdendam terhadap sesiapa yang
tidak menyokongnya," katanya.
Felo Institut Pulau Pinang Dr Wong Chin
Huat, berkata kenyataan Najib itu menunjukkan beliau melihat dirinya
hanya sebagai perdana menteri kepada 47% rakyat Malaysia.
"Kalau sesuatu komuniti atau individu
terpaksa melepaskan hak mereka sebelum boleh membuat tuntutan yang sah
kepada kerajaan, maka mereka patut lepaskan tanggungjawab untuk membayar
cukai.
"Lagipun, menjadi kerajaan ialah tentang
mengutip cukai dan membekalkan perkhidmatan. Membekalkan perkhidmatan
tanpa mengutip cukai ialah kerja amal. Dan mengutip cukai tanpa
membekalkan perkhidmatan ialah rompakan," katanya.
Dr Lim Teck Ghee dari Centre for Policy
Initiatives (CPI) berkata Najib nampaknya tidak belajar dari kesilapan
lalu apabila membuat sesuatu kenyataan yang kasar.
"Beliau selalu berkata begitu kepada
masyarakat Cina, dan ia tak pernah berkesan. Beliau sebenarnya lebih
memburukkan lagi keadaan bagi MCA apabila dengan kasar berkata, kalau
kamu tak undi kami, kami tak akan jaga kamu."
Katanya, mengeluarkan kenyataan begitu
di khalayak ramai sama seperti satu ugutan politik, dan ia
berkemungkinan besar akan memakan dirinya sendiri.
Antara pengguna media sosial yang
memberi komen di portal The Malaysian Insider ialah seorang yang
menamakan dirinya Going_bananas, mengucapkan terima kasih kepada Najib
kerana mengaku BN tidak berlaku adil terhadap masyarakat Cina.
"Anda sepatutnya seorang PM sebuah
negara berbilang etnik. Anda sepatutnya adil kepada semua, bukan hanya
kepada penyokong anda sahaja," katanya sambil menambah ucapan Najib itu
hanya akan menggalakkan kewujudan lebih ramai orang seperti Datuk
Ibrahim Ali yang tanpa segan silu menyerang orang bukan Melayu.
Seorang lagi pembaca D1_Only menulis:
"Betulkah ini, Najib? Bukankah kita tinggal di negara demokrasi?" dan
beyondthefence mengatakan: "Saya rasa sepatutnya beliau kata, jangan
harap orang Cina akan sokong BN sekiranya BN tidak memperbaiki dirinya."
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri
Liow Tiong Lai pada satu sidang media menyalahkan portal berita kerana
'memutarbelit' ucapan Najib dan memberi imej negatif terhadap kerajaan.
Beliau menafikan laporan awal hari ini
dan mengatakan Najib hanya melahirkan harapan agar komuniti Cina
menyokong BN dan bukan Pakatan Rakyat.- TMI
2 orang berkata:
Sokong najib...jgn bagi muka kat cina dap ni... x kenang budi....x hormat org melayu dan islam.
Yang ramai marah tu siapa?
China sahaja yang marah. Itu pun cina DAP dan PKR.
Ramai lagi yanh setuju fengan najib. Orang melayu wajib sokong najib dalam isu ini.
Sudah sampai masanya, UMNO mesti menggunakan kuasa semasa ada ini. Sekrang cacing dah naik ke mata.jangan tunggu mata dah jadi buta baru nak bertindak.
Bagi kami ,Ahli akar umbi PAS sedia melupakan sentimen kwpartian demi survival kuasa melayu dan islam.
Kebiadapan DAP terhadap melayu dam islam sudah tidak boleh diterima lagi. Terus kan YAB PM. Jangan peduli apa china kata
Apa pun kita lakukan mereka tetap tidak puas hati,selagi mereka tidak berkuasa sepenuhnya.
Ingat lah
ORANG KAFIR TIDAK AKAN REDA DENGAN KITA SELAGI KITA KITA MENGIKUTI AGAMA MEREKA.
Post a Comment