Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sabtu, 1 November 2014

Kapitalis Kotaraya: Rumah diroboh, penduduk terpaksa huni pondok

Satu keluarga di Kampung Chubadak Tambahan terpaksa menghuni satu pondok sementara selepas rumah mereka dirobohkan oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Rabu lalu.

Seorang daripadanya, Wahidah Saleh, 70 atau lebih mesra dipanggil Opah Wahidah berkata mereka merupakan peneroka asal di kampung yang dibuka sejak 45 tahun lalu.

Beliau kecewa kerana penguatkuasa tetap merobohkan rumah tersebut walaupun selepas mereka menunjukkan satu surat kebenaran mahkamah pada 1998

Dalam dokumen berkenaan, hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur dalam penghakiman bertarikh 31 Julai 1998 memutuskan bahawa warga berkenaan dibenarkan menetap di tanah tersebut.

Mahkamah juga memutuskan mereka sebagai pemegang lesen sah dan dibenarkan untuk terus menetap di tanah berkenaan dengan persetujuan kerajaan negeri.

“Saya tinggal di kampung ini dah 45 tahun bukan baru-baru ni, selepas bernikah saya terus tinggal sini.

“Tengok lah surat ni daripada mahkamah, tetapi bila mereka datang nak robohkan saya tunjuk surat ni mereka cakap mereka tetap akan robohkan juga,” katanya.

Beliau ditemui di sebuah pondok sementara yang didirikan di tapak bekas rumahnya di Kampung Chubadak Tambahan semalam.

Pondok beratapkan kanvas dengan dinding papan lapis dan berlantai kayu reja itu turut memuatkan barangan yang sempat diselamatkan daripada rumah yang dirobohkan.

Beliau sekadar berharap agar wakil rakyat kawasan tersebut, Tian Chua akan dapat membantu mereka mendapatkan kediaman lain.

Menurut Opah Wahidah, beliau kini tiada tempat lain yang boleh dituju kerana rumah itu sahajalah satu-satunya tempat kediaman mereka anak beranak.

Beliau berharap agar kerajaan dapat menggantikan rumah yang sempurna kepadanya, dan bukan hanya memberikan unit rumah Program Perumahan Rakyat.

Sementara itu, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad yang menziarahi keluarga berkenaan berkata, pemaju dan DBKL sepatutnya menawarkan rumah yang lebih baik sebagai ganti.

“Kalau kita tengok pun sejarah kes ni panjang, dah pernah dibawa ke mahkamah rayuan sebelum ni.

“Kita harap pihak pemaju dan DBKL dapat mempertimbangkan tawaran yang lebih baik dan berperikemanusiaan,” katanya.

Nik Nazmi juga berkata, golongan peneroka bandar berkenaan layak mendapat layanan lebih baik kerana mereka didorong oleh kerajaan untuk membuka penempatan di Kuala Lumpur semasa pentadbiran Tun Abdul Razak.

“Jika sebelum ini bapa perdana menteri sendiri yang menggalakkan mereka datang jadi pada zaman sekarang tak patutlah kita layan atau gelarkan mereka sebagai setinggan.

“Layanlah mereka sebagai peneroka bandar yang pernah memberi sumbangan kepada pembangunan Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Beliau turut memuji tindakan golongan mahasiswa yang turut berhimpun sebagai tanda solidariti bersama warga tersebut di Sentul, semalam.

“Mereka menjaga kebajikan keluarga Opah, ini menunjukkan peranan positif anak anak muda dalam isu ini,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Sokong BN lagi

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.