Isnin, 20 Oktober 2014
Mahkamah arah polis tak ganggu kes Zahida
Polis diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk tidak mengganggu
pendengaran kes sivil melibatkan seorang bekas pemandu dengan pelakon
Zahida Mohamed Rafik, yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Menteri
Pembangunan Luar Bandar Datuk Shafie Apdal.Hakim Hue selepas itu bertemu dengan kedua pihak di kamarnya, dan kemudiannya memanggil seorang polis berpakaian preman.
Beliau kemudian mendapati polis akan menangkap Noor Azman (atas) hari ini, selepas mendapat arahan sejak Julai lalu atas tuduhan pecah amanah.
Noor Azman, 40, yang kini bekerja sebagai pemandu teksi memberitahu mahkamah bahawa Zahida dan Shafie, yang juga naib presiden Umno mempunyai hubungan intim dan beliau sendiri pernah bertindak sebagai pengantara antara keduanya.
Bagaimanapun Zahida dan Shafie (kiri) sebelum ini telah menafikan dan mengugut untuk menyaman Noor Azman berikutan dakwaan tersebut.
Pendengaran kes ini akan disambung esok.


0 orang berkata:
Post a Comment