Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LANTAK DAN TANGGUNG LA !

Minyak: Mustahil kerajaan mampu kawal harga barang



KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas sikap kerajaan Malaysia yang menetapkan keputusan menaikkan harga minyak petrol RON95 sebanyak RM0.20 sen dan diesel mulai hari ini.


Kenaikan ini menjadikan harga petrol RON95 RM2.30 seliter sementara diesel dijual pada harga RM2.20.


Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata aApa yang mengecewakan adalah tindakan kerajaan menaikkan harga petrol RON95 dan diesel dalam keadaan tergesa-gesa tanpa notis awal kepada rakyat sehingga timbul suasana panik dan kelam kabut untuk mengisi minyak sebelum jam 12.00 malam tadi. 


"Apakah tidak ada ruang buat rakyat memberikan pandangan balas serta cadangan bagi membantu kerajaan menampung perbelanjaan negara?" tanya beliau dalam satu kenyataan. 


Soalnya lagi, apakah pemikir-pemikir negara sudah kekeringan idea sehingga mengambil langkah drastik menaikkan harga minyak tanpa memikirkan impak dan kesan ke atas rakyat. 


"Bagaimana Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak tetapi rakyat tetap dibebankan dengan kenaikan minyak?" ujarnya.


Tambahnya, PPM melihat, langkah kerajaan menambahkan kadar pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 adalah sekadar 'melepaskan batuk di tangga' kerana ia sekadar bantuan jangka pendek buat rakyat. 


Yang pastinya, kata beliau rakyat akan merana dalam tempoh jangka panjang kemudiannya. 


"Harga minyak adalah domino buat harga barang keperluan lain. Jika harga minyak naik bererti harga barangan lain akan turut naik," katanya. 


Menurutnya, mustahil kerajaan mampu mengawal kenaikan harga barang keperluan kerana sebelum ini pun harga barang tetap naik melambung walaupun telah diberi jaminan penguatkuasaan dan pemantauan ketat kerajaan terhadap peniaga dan pembekal.


"Nampaknya rakyat tidak mempunyai banyak pilihan melainkan terpaksa lebih mengikat perut, bekerja lebih masa, mencari sumber pendapatan tambahan serta pekerjaan tambahan bagi menampung kehidupan sekeluarga," ujarnya lagi. 


Beliau menambah, rakyat berpendapatan kecil adalah golongan terbesar bakal menerima kesan. 


"Marilah kita sama-sama menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga minyak ini," katanya. - HARAKAHDAILY 2/10/2014

7 orang berkata:

Anonymous said...

Ala gaduhlah lagi. Caci, maki dan label lagi. Rakyat boleh tanggung 20 sen je, tanpa pembelaan. Tak payah harap sangatlah rakyat marhaen woiii.

Anonymous said...

Bodoh bangan yg komen atas ni..sampai kiamat tetap bodoh.. Hei..20sen je.. Skit. Harga smua naik kamu tahu.. Harga kt kdai runcit smua naik,kdai makan naik klu x naik ayam potong lg kecik..roti cnai lgi kecik..nanti tol plus naik,tnb naik smua la senang akan naik,kerana 20sen je.. Bodoh sial..kelabu asap punya manusia.. Bagal bin bengung manusia yg komen tu.

Anonymous said...

Bodoh 7 generasi la engkau Anon 6:13.. Kesian betul.ada akal tapi sama mcm kerbau dan lembu,hanya tau makan saja..makan mentekdarah..

Anonymous said...

Sindiranpun tak faham ka? Sindir orang politik sibuk gadoh je. Janganla lurus sangat. kikiki

Anonymous said...

Bodo macam lembu
baghal macam keldei

Anonymous said...

emo tahap gaban. Itu la yg mampu.

Anonymous said...

Lantak le.!! Apa dia peduli. Dia semua dapat percuma. Kalau tak mampu pakai motolah. Atau naik bas atau naik basikal

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.