Saari, Hasnul langgar keputusan parti
KUALA LUMPUR - Pas memutuskan untuk menggantung keahlian Adun Hulu
Klang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin selama setahun
akibat tindakan mereka semasa krisis kerusi Menteri Besar Selangor.
Kedua-duanya didapati melanggar keputusan parti selepas menandatangani akuan bersumpah menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan tatatertib diambil berdasarkan peruntukan Fasal 82 (6) Perlembagaan Pas.
“Kedua-dua Adun itu tidak boleh menyertai sebarang aktiviti parti namun mereka masih ahli Pas.
“Mereka boleh merayu berdasarkan Fasal 83(4)(5) Perlembagaan Pas pindaan 2011,” katanya.
Keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang berlangsung hampir empat jam di ibu pejabat Pas, semalam.
Mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan dihadiri Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.
Menurut Mustafa, Saari dan Hasnul boleh membuat rayuan bertulis kepada Majlis Syura Ulama Pas.
“(Mereka perlu) mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama dalam tempoh 15 hari dari tarikh hari ini (semalam),” katanya.
Mustafa memberitahu, penggantungan tersebut tidak menjejaskan kedudukan kedua-duanya sebagai Adun di kawasan masing-masing.
“Mereka masih Adun dan masih ahli sebab mereka tidak dipecat.. Maknanya nak mewakili Pas (dalam apa-apa aktiviti) tak boleh lah selepas ini,” katanya.
Hasnul dan Saari sebelum ini, bersama 15 Adun DAP dan 13 Adun PKR menyokong Dr Wan Azizah bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebelum Pas membuat keputusan rasmi mengenai perkara tersebut.

1 orang berkata:
marc jacobs outlet
tiffany and co
coach outlet clearance
louis vuitton outlet
north face jackets
timberland boots
canada goose outlet
nike roshe run
hollister uk
fitflops sale
20161125lck
Post a Comment