Monday, October 13, 2014
Majlis Syura Ulama arah ahli PAS tidak terlibat dengan PasMa
Larangan ahli PAS melibatkan diri dengan PasMa selaras dengan
peringatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa ucapan
penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 baru-baru ini.
Larangan ahli PAS melibatkan diri dengan PasMa selaras dengan peringatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 baru-baru ini.
Badan tertinggi dalam PAS, Majlis Syura Ulama hari ini mengeluarkan arahan kepada semua ahli PAS agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti PasMa, badan bukan kerajaan (NGO) yang pro-Pakatan Rakyat.
Ini adalah kenyataan paling keras dikeluarkan PAS terhadap NGO yang ditubuhkan awal bulan lepas itu, ekoran perbezaan fikiran dalam parti Islam itu sejak krisis perlantikan menteri bsar Selangor.
Setiausaha Majlis Syura Nik Zawawi Salleh berkata, langkah itu selaras dengan peringatan presiden PAS dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 baru-baru ini supaya tidak berlaku kewujudan jamaah dalam jamaah, parti dalam parti.
"Kawasan dan Badan Perhubungan Negeri juga dinasihatkan membuat laporan bertulis kepada Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura sekiranya tindak-tanduk seumpama itu berlaku di peringkat masing-masing untuk diambil tindakan lanjut," kata Nik Zawawi dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Badan Perhubungan PAS Terengganu adalah satu-satunya pihak yang melarang ahli PAS melibatkan diri dalam sebarang kegiatan PasMa.
Namun bulan lalu, PasMa mengadakan majlis dialog di kawasan Nik Zawawi sendiri iaitu Kampung Raja, Besut, Terengganu.
Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi dan timbalannya Muhammad Husin memberikan ucapan di majlis itu.
Kenyataan Nik Zawawi ini dibuat selepas Muhammad, yang juga bekas ahli Parlimen Pasir Puteh menegaskan semalam yang Majlis Syura mesti mengkaji semula keanggotaannya.
Perkara ini dibangkitkan beliau sewaktu menjawab soalan peserta semasa Dialog PasMa Daerah Kuala Muda, Kedah.
Menurut beliau, ahli Majlis Syura dilantik oleh jawatankuasa PAS Pusat iaitu badan tertinggi yang dipilih dalam muktamar.
Beliau berkata, latar belakang mereka hendaklah diteliti supaya hanya mereka yang berwibawa dan disegani seluruh ahli PAS dilantik menganggotainya.
Beliau juga mencadangkan setiap ahli Majlis Syura diteliti latar belakang pengajian dan kerjaya mereka agar yang berkelayakan sahaja menjadi anggota. – 12 Oktober, 2014.
See more at: http://
8 orang berkata:
Salam GST 2015
Betul tu kita kena jauhkan PasMa dan kita dekatkan dengan NGO yang teguh dengan Tauhid dan Ilmiahnya seperti PERKASA.....
Pukida nak buang kat mana? Byk ayahanda x leh cari makan.
berani kerana benar..
takut pasma kerana salah kot..
siapa yg minum tody tentu rasa maboknyerr..
kah kah kah kah
Karut pas......ngo ni untuk check and balance tuan presideng buat keputusan karut marut ala umno. Hidup pasma teruskan perjuangan.....hadi awang tak leh pakai.
Pasma ni ngo sapu buntut anwar....utk hilangkan bukti.
Kesilapan besar pas kedah mengambil phahrolrazi...
Kita dh tau lama.dh gerakgeri mangkok ayun ni
Sejak bila pulak ngo boleh jadi check in balance untuk pas.
Pas ada ahli bukan zombie, pas ada mukhtamar boleh bersuara, pas ada pertandingan boleh bertanding.
Yang tidak boleh ialah jika tiada kelayakan agama tidak boleh dipanggil ulamak, tidak boleh suka suki buat fatwa.....
Tidak perlu kepada pasmas yang ditubuhkan oleh orang pkr, dibiyai oleh pkr dan dap, diguna pakai untuk memastikan pas menjadi kaldai pak sanggup pkr dan dap.
Sekarang anwar panas buntut, mat sabu panas buntut, suhaizan panas buntut setiap kali di adakan ceramah demo bilangan yang hadir cuma maksimum 300.
Malulah ketuam umum pr merangkap ditaktor pkr buat ceramah untuk 300 orang di permatang pauh....
Malu juga ayam daging pas dulu ayam sabung buat ucapan di permatang pauh tiada sokongan.
Malulah KP buat demo dua kali jumlah yang mai cuma 100-300.
Post a Comment