Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, October 5, 2014

Kenapa Saari Sungib Yang Mohon Maaf Bagi Pihak PAS?

Bukankah yang celupar dan bawa masalah yang seharusnya memohon maaf?

Maafkan PAS atas ‎isu MB Selangor, kata Saari Sungib 
Published: 5 October 2014
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib yang dalam proses dipecat parti dihargai oleh parti PKR dan DAP atas pendiriannya menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail walaupun ditentang partinya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 5 Oktober, 2014.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib meminta orang ramai memaafkan PAS meskipun partinya menganggap dirinya sebagai pembelot dan kini sedang dalam proses untuk memecatnya.
Bekas tahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu juga mendedahkan beliau sudah berjumpa dengan pemimpin tinggi parti bagi memberi penjelasan tentang pendirian and tindakannya semasa kemelut menteri besar Selangor.
Saari berkata beliau menyerahkan kepada pimpinan parti untuk mengambil tindakan terhadapnya.
(Laporan sebelum ini membuat terjemahan yang salah bahawa Saari akan mengambil keputusan untuk meninggalkan parti).
"Saya tahu sesetengah dari anda masih marah kepada PAS. Jadi mewakili PAS, saya mohon maaf kerana lambat membuat keputusan dalam isu calon menteri besar Selangor," katanya.
Saari dianggap sebagai hero oleh parti Pakatan Rakyat (PR) lain kerana keputusannya menyokong DAP dan PKR menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim walaupun pendiriannya bertentangan dengan pendirian pemimpin tertinggi PAS.
Ketika Muktamar PAS September lepas, Saari dan Adun Morib Hasnul Baharuddin diserang ahli dan pemimpin PAS kerana keputusan mereka untuk memihak pada PKR dan DAP.
Namun Saari tetap meraih populariti di kalangan hadirin bukan PAS pada acara semalam dan ucapannya yang seringkali mendapat tepukan gemuruh.
Beliau juga turut menerima pujian daripada pemimpin DAP malam tadi atas tindakannya bersama 28 Adun PKR dan DAP untuk menyingkirkan Khalid dan memberi sokongan majoriti kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan menteri besar Selangor.
Malah Naib Presiden DAP Teresa Kok ‎turut dilihat menghadiahkan Saari dengan pokok buluh sebagai penghargaan atas keputusan menyokong parti PR meskipun menerima tentangan hebat daripada PAS.
"Dalam tradisi Cina, buluh simbolik kepada kelembutan dan integriti. Bagaimana tekanan pun, buluh hanya akan bengkok tetapi tidak patah," katanya sebelum memberikan pokok tersebut kepada Saari yang mendapat tepukan gemuruh dari orang ramai.
Saari dan Hasnul berdepan dengan kemungkinan dipecat daripada PAS kerana menyokong DAP dan PKR sebelum pendirian rasmi parti Islam itu sama ada mahu menyokong atau menolak pemecatan Khalid.
Namun apabila Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat mengumumkan menerima pemecatan Khalid, keputusan itu di tarik balik beberapa hari selepas itu, walaupun Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura memutuskan perkara sebaliknya.
Perpecahan dalam PAS dilihat semakin berlarutan terutama dalam krisis menteri besar Selangor dan tidak mencapai sebarang kata sepakat bersama PR dalam isu calon yang menggantikan Khalid.
Para penganalisis dan pemimpin PR mempersoalkan keputusan PAS kerana ia memberi kesan kepada pengundi Selangor yang dilihat mempunyai kesedaran politik.‎
Mereka percaya krisis tersebut akan menyebabkan PAS kehilangan kerusi pada pilihan raya akan datang akibat sentimen negatif orang ramai.
‎Seorang pemimpin yang berada di majlis makan malam tersebut berkata program itu juga dilihat sebagai peluang membuktikan kemarahan pengundi kepada PAS.
"Cina mengiktiraf Saari, beliau kini dilihat sebagai selebriti. Kita mahu tunjukkan mereka beliau juga merupakan pemimpin PAS."
Saari pula katanya tetap berpegang pada pendiriannya tanpa mengira persepsi daripada ahli PAS lain.
"Mereka boleh menyatakan apa sahaja, menghina saya. Namun saya sanggup buat apa sahaja untuk rakyat. Saya tidak mahu keluar daripada PAS, saya masih ahli PAS."
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu juga mendedahkan sudah menjelaskan pendiriannya kepada pemimpin tertinggi PAS dan akan ambil keputusan untuk meninggalkan parti itu sekiranya ia merupakan cara penyelesaian.
"Namun akhirnya saya berharap PR dapat bangkit semula, PAS dapat bergabung semula bersama DAP dan PKR mengambil alih negara Barisan Nasional (BN)." – 5 Oktober, 2014.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Pengundi cina marahkan PAS? Bukankah pengundi cina marahkan pemimpin yang MELAYU DAN ISLAM?
pengundi cina bukan marah kepada Pas malah asalkan calon melayu semua pwngundi cina marah.
silat sahaja ditelok intan. Parti Dap tetapi calon melayu. Cina tetap tolak. So bagi pengundi cina bukan parti yang menjadi pilihan tetapi calon.
Shaari sunguip dianggap hero kerana menjadi alat merek untok peetahan kuasa.
Adakah dap tidak dapat menelah, APA AKAN JADI.JIKA SEKIRANYA PENGUNDI.MELQYU MARAH PADA SEMUA CALON CINA.( sengaja tak diswbut parti sebab melayu juga boleh mengundi stail cina. Calon buka parti)

Basar said...

Siapa mulut celupar, siap sial, siapa barua.....
Semua salah pas kah
Apa orang dalam pas semuanya mayat hidup
Semuanya pondan seperti dap dan pkrkah
Jika tidak sembah anwar tidak sembah wan azizah tidak sembah lge
Maka dikatakan umno

Daripada syirik menyekutukan Allah S.W.T dengan menyembah anwar ibrahim, menyembah wan azizah mahu pun seperti mat sabu menyembah lge dan mengagungkan parti komunis malaya lebih baik dituduh mesra umno.

Mesra umno tidak menjurus ke Neraka Jahanam namun sembah sujud kepada anwar, wan azizah, lge seperti mat sabu, hussam, hanafiah, hatta dan lain-lain pasti tempatnya di neraka jahanam.

Anonymous said...

ngan UMNO no way lah. Dasar perjuangan yg jauh berbeza. Dlm UMNO skrg pun Kristian bersepah. UMNO bukan lagi hak ekslusif Melayu tp Dusun Murut Kadazan OrangAsli dll bumiputera. Lagipun takkan PAS nak duduk semeja ngan pemimpin UMNO yg berfikir ngan kepaka lutut spt Hasan Malik Al-Pilaaahi. Bior orang pilah ngan UMNO dah la boddo. PAS ni bila lagi nak pecat 'barua' tu. Banyak sangat songeh PAS ni. Bior ler Sungip ngan Hasnul tu jadi selebriti DAP PKR. Biawak jgn di tanggung.. nanti dicakarnya.. ataupun digigitnya mcm kes tioman tuuuu. Biawak ni mcm-mcm bakteria-virus ada... bole sebab mcm-mcm penyakit. Nyahkan ler punca penyakit ni sblm PAS dijangkiti. Dah ler dlm PR ada pembawa'HIV/AIDS'... PECAT JER BIAWAK SELEBRITI TU... BIOR LE SI BIAWAK TU BERTEDUH DI CELAH-CELAH BULUH TERESA KOK DAP PKR!!!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.