Liwat II: Hujahan peguam bela mungkin hingga esok
-
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah
Wan Ismail ketika tiba di Mahkamah Persekutuan, hari ini. Foto Sinar
Harian Oleh ROSLI TALIB
PUTRAJAYA - [VIDEO]
Peguam bela kes Liwat II, Ram Karpal Singh berkata pihaknya akan
menghabiskan penghujahan pembelaan pada tengah hari ini atau
selewat-lewat awal pagi esok.
"Saya harap dapat habiskan hujahan saya sebelum berhenti tengah hari.
"Lepas itu ada tiga penghujahan, kita harap kita boleh habis atau mungkin selewat-lewatnya pagi esok," katanya kepada pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman Putrajaya, di sini, hari ini.
Prosiding rayuan terakhir kes Liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim mulanya dijangka berakhir hari ini.
Pasukan pembelaan hari ini membalas hujah dibangkitkan Ketua Pendakwa Raya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam prosiding perbicaraan rayuan yang memasuki hari ketujuh, hari ini.
Dalam pada itu, Ram Karpal berkata lagi, dalam sesi penghujahannya hari ini, pihaknya akan menyentuh mengenai keterangan saintifik dan ketidakwujudan DNA.
"Saya akan sentuh berkenaan keterangan saintifik, keterangan tiada DNA dan sebagainya, semuanya saya akan sentuh.
"Jadi saya akan bersambung dengan semua itu selepas ini," katanya lagi.
Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan 14 peguam mewakili Anwar memberitahu mahkamah pada 4 November bahawa peguam Ramkarpal Singh Deo akan mula berhujah dahulu dan beliau (Sri Ram) akan menggulung hujahan pihak pembelaan.

Pasukan pembelaan yang memulakan hujahan pada 28 Oktober untuk mendesak
Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat,
mengambil masa tiga hari untuk mengemukakan hujahan mereka.
Ketua pasukan pembelaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang
memulakan hujahan balas terhadap alasan pihak pembelaan pada 31 Oktober
juga mengambil masa tiga hari untuk mengemukakan hujahannya.
Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mendengar rayuan berkenaan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap ketua pembangkang itu yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lepas, selepas ia meminda keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Anwar.
Empat hakim lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara Kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Rayuan pendengaran, pada mulanya ditetapkan dua hari bermula 28 Oktober telah berlarutan sehingga tujuh hari kerana kedua-dua pihak mengemukakan hujah yang panjang lebar.
Pihak pembelaan memohon untuk membebaskan ketua pembangkang itu daripada sabitan atas kesalahan meliwat manakala pihak pendakwaan mahu mahkamah menolak rayuan Anwar untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara ke atasnya.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful atas alasan mahkamah tidak boleh 100 peratus pasti tentang integriti sampel DNA yang diambil untuk ujian daripada mangsa.
Mahkamah memutuskan bahawa sampel itu mungkin diganggu sebelum sampai ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan, meminda keputusan Mahkamah Tinggi bahawa hakim perbicaraan terkilaf apabila meragui integriti sampel berdasarkan keterangan dua pakar saksi yang dipanggil pihak pembelaan.
Jika Anwar kalah dalam rayuannya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh hilang kelayakan sebagai seorang anggota parlimen sebagaimana Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seseorang anggota parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhkan hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.
Ini adalah kes liwat kedua terhadap Anwar.

0 orang berkata:
Post a Comment