Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PUKULAN TERHADAP BAJET DEFESIT KELANTAN OLEH MUSTAFFA

Tuesday, November 25, 2014

Khalid juga bajet defisit, kata Azmin OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Khalid juga bajet defisit, kata Azmin

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

Published: 24 November 2014

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini. Beliau mempertahankan Bajet 2015 yang dibentangkannya walaupun ia mengalami defisit sebanyak RM450 juta.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mempertahankan tindakannya membentangkan Bajet 2015 yang mengalami defisit RM450 juta, mengatakan pendahulunya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga membelanjakan kewangan negeri secara defisit.

Azmin berkata, walaupun pembentangan bajet dibuat Khalid menunjukkan kaedah bajet yang berimbang, tetapi tiga bulan kemudian membawa semula ke Dewan Undangan Negeri (DUN) meminta bajet tambahan.

Ia sekaligus menyebabkan perbelanjaan perbekalan tambahan bertambah setiap tiga hingga enam bulan.

"Mengikut rekod bajet sejak Khalid memegang pemerintahan negeri pada 2008 sehingga 2014, semuanya mengalami defisit," katanya pada sidang media di perkarangan Dewan Annexe di Shah Alam, hari ini.

Katanya, cara Khalid itu tidak berterus-terang kepada pembayar cukai dengan menyembunyikan jumlah sebenar perbelanjaan yang diperlukan.

"Saya rasa cara itu tidak lancar. Saya rasa lebih baik daripada awal berterus-terang dengan Dewan dan pembayar cukai dan tak menyembunyikan jumlah perbelanjaan yang digunakan.

Berbeza dengan Khalid, Azmin berkata dirinya cuba bersikap jujur dan memberi jaminan tidak akan meminta bajet tambahan dalam sidang DUN akan datang.

"Saya mengambil pendirian yang berbeza untuk kemukakan secara jujur kepada Dewan dan rakyat, ini jumlah perbelajaan yang akan kita guna untuk 2015 daripada awal," katanya.

Beliau turut mempertahankan bajet yang dibentangkannya itu berjaya menurunkan belanja mengurus dan meningkatkan perbelanjaan pembangunan, menyifatkannya langkah yang berani dan drastik untuk menurunkan belanja mengurus sehingga 53%.

"Dengan meningkatkan belanja pembangunan saya yakin ia dapat membantu kesan gandaan dari segi aktiviti pembagunan di selangor dan meningkatkan hasil.

"Sebab itu saya yakin hasil yang kita kutip itu jauh lagi besar dari apa yang kita anggarkan dan ini dapat membiayai defisit bajet yang kita umumkan tadi," katanya.

Lebih 90% daripada jumlah RM3.31 bilion rizab negeri digunakan dalam Bajet Selangor 2015, bajet tebesar dalam sejarah negeri tersebut.

Azmin semasa pembentangan di DUN mencadangkan sejumlah RM2.422 bilion untuk bajet kali ini, 53.19% untuk perbelanjaan mengurus dan 56.81% daripadanya diperuntukkan untuk pembangunan.

Namun pembentangan itu menunjukkan bajet defisit apabila kutipan hasil negeri tahun 2015 dianggarkan hanya RM1.97 bilion sahaja, berbanding perbelanjaan RM2.42 bilion.

Pentadbiran menteri besar terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa Bajet 2014 hanya memperuntukkan RM1.8 bilion dan Bajet 2013 sebanyak RM1.63 bilion. – 24 November, 2014.

www.themalaysianinsider.com

2 orang berkata:

XUMNO said...

Logik apa yg digunakan oleh Azmin? Kalau budget Khalid sentiasa defisit mana datang tabungan 3 bilion tersebut? Dah tu Khalid dulu tak gunakan duit tabung untuk mengurus . Azmin sekarang cungkil duit tabung yg Khalid simpan. Hah ilmu matematik mana Azmin pakai ni?

Anonymous said...

speechless aku

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.