Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, November 20, 2014

Tak boleh suruh parti lain keluar Pakatan - Tuan Ibrahim

 Tak boleh suruh parti lain keluar
Pakatan - Tuan Ibrahim

HARAKAHDAILY | 20 November 2014.
KUALA LUMPUR: PAS tidak melihat kritikan secara terbuka antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat boleh menyelesaikan perbezaan pendapat yang berlaku.

Sebaliknya kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sebarang perbezaan pendapat terhadap sesuatu perkara itu wajar dilontarkan melalui mesyuarat Pakatan Rakyat.

"Semua parti perlu menjaga batas parti masing-masing. Tidak boleh untuk kritik parti lain apatah lagi secara terbuka.

"Seperti contoh, DAP tak boleh kritik PAS dan PAS juga tidak boleh kritik DAP.

"Sebarang perbezaan pendapat, bawa ke
mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Tak boleh suruh keluar PR

Dalam pada itu, beliau turut menafikan laporan sebuah akhbar hari ini kononnya
menggambarkan beliau menggesa DAP keluar Pakatan Rakyat.

Menurutnya, laporan itu dipetik di luar konteks sebenar dari apa yang dinyatakan beliau.

"Saya sebut, setiap parti tak boleh suruh parti lain keluar dari PR, tetapi jika parti itu sendiri sudah berasa tidak selesa, maka parti itu sendiri boleh keluar.

"Ini kerana dalam PR tidak ada borang keluar, hanya ada borang masuk. Kecuali parti itu sendiri nak tarik diri, itu hak parti itu. Tak boleh suruh orang keluar," ujar beliau.

Beliau juga menjelaskan, DAP pernah
mengambil tindakan menarik diri selepas
mereka menyertai Barisan Alternatif sebelum 2004. - HARAKAHDAILY 20/11/2014

Tabik spring untuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. HARAKAHDAILY | 20 November 2014.

KUALA LUMPUR: PAS tidak melihat kritikan secara terbuka antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat boleh menyelesaikan perbezaan pendapat yang berlaku.
Sebaliknya kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sebarang perbezaan pendapat terhadap sesuatu perkara itu wajar dilontarkan melalui mesyuarat Pakatan Rakyat.
"Semua parti perlu menjaga batas parti masing-masing. Tidak boleh untuk kritik parti lain apatah lagi secara terbuka.
"Seperti contoh, DAP tak boleh kritik PAS dan PAS juga tidak boleh kritik DAP.
"Sebarang perbezaan pendapat, bawa ke
mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Tak boleh suruh keluar PR
Dalam pada itu, beliau turut menafikan laporan sebuah akhbar hari ini kononnya
menggambarkan beliau menggesa DAP keluar Pakatan Rakyat.

Menurutnya, laporan itu dipetik di luar konteks sebenar dari apa yang dinyatakan beliau.
"Saya sebut, setiap parti tak boleh suruh parti lain keluar dari PR, tetapi jika parti itu sendiri sudah berasa tidak selesa, maka parti itu sendiri boleh keluar.
"Ini kerana dalam PR tidak ada borang keluar, hanya ada borang masuk. Kecuali parti itu sendiri nak tarik diri, itu hak parti itu. Tak boleh suruh orang keluar," ujar beliau.
Beliau juga menjelaskan, DAP pernah
mengambil tindakan menarik diri selepas
mereka menyertai Barisan Alternatif sebelum 2004. - 

HARAKAHDAILY 20/11/2014

Tabik spring untuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.