Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERUNTUKAN SELANGOR SATU PENGHINAAN

27/11/14

Tawaran peruntukan RM200,000 kerajaan Selangor satu penghinaan

Tawaran peruntukan hanya RM200,000 setiap tahun oleh kerajaan Selangor kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) negeri itu dilihat sebagai satu penghinaan, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata jumlah yang ditawarkan menerusi Program Mesra Rakyat itu lebih kecil daripada yang diterima Adun Pakatan Rakyat (PR) dan Penyelaras DUN.

"Kerajaan negeri lantik penyelaras DUN malah diberi peruntukan RM400,000 manakalan Adun PR dapat RM700,000. Ini bermakna tindakan menawarkan peruntukan RM200,000 kepada Adun BN dilihat sebagai penghinaan," katanya di Shah Alam, hari ini.


"Sebagai pengerusi BN Selangor, saya menyokong penuh tindakan 12 Adun BN menolak peruntukan yang ditawarkan itu kerana ia dilihat memandang rendah kepada mereka," katanya.

Noh berkata dalam hal itu, kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dilihat 'berat-sebelah' kerana hanya menawarkan peruntukan dalam jumlah kecil sedangkan wakil rakyat BN turut sama bekerja keras menjaga kesejahteraan masyarakat di Selangor.

Isnin lepas, Azmin ketika membentangkan peruntukan Bajet Negeri 2015, mengumumkan pemberian RM200,000 itu adalah pertama dalam sejarah kerajaan negeri pemimpin PR sejak mentadbir kerajaan negeri pada 2008. – Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.