• Bekas tenaga pengajar Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ketika ditahan polis selepas disyaki terlibat  menyertai kumpulan militan di Syria. Bekas tenaga pengajar Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ketika ditahan polis selepas disyaki terlibat menyertai kumpulan militan di Syria.
1 / 1
KUALA LUMPUR - Bekas tenaga pengajar Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ditahan polis selepas disyaki terlibat  menyertai kumpulan militan di Syria. 
 
Lelaki berusia 30 tahun yang sebelum ini  bertugas di Kuantan,Pahang itu ditangkap oleh anggota Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman di Lapangan Terbang  Antarabangsa (KLIA) Sepang, hari ini.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki berkenaan merancang untuk membuka laluan baru bagi rakyat Malaysia di Syria dengan menjadikan salah sebuah negara di Asia Tenggara sebagai transit.
 
‘Siasatan awal mendapati dia merancang untuk berkahwin dengan seorang gadis tempatan bekerja sebagai guru yang menetap di salah sebuah negara di Asia Tenggara sebelum berlepas ke Syria.
 
Menurut beliau, lelaki itu terpengaruh untuk menyertai kumpulan militan di Syria selepas berinteraksi melalui Facebook dengan beberapa rakyat Malaysia yang ditahan oleh PDRM.
 
“Malah dia juga pernah berhubung dengan Md Lofti Mohd Ariffin, salah seorang rakyat Malaysia yang terkorban di Syria pada 14 September lalu bagi mendapatkan bantuan untuk memasuki Syria melalui Turki,” katanya.