• Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno.
1 / 1
SHAH ALAM - Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno menafikan kapal nelayan yang ditangkap menceroboh perairan republik itu secara haram telah diletupkan.

Menurutnya, sebarang tindakan hanya akan diambil kerajaan Indonesia setelah keputusan mahkamah telah diperoleh.

“Ia tidak benar dan saya setakat hari ini (semalam), tidak menerima sebarang laporan rasmi mengenai mana-mana kapal nelayan termasuk dari Malaysia yang ditahan di Indonesia telah dibom. Jika ada, pastinya sudah saya maklum.

“Semua nelayan yang ditangkap juga masih menjalani siasatan berdasarkan undang-undang ditetapkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas laporan beberapa pihak yang mengatakan kapal nelayan dari negara jiran yang telah ditangkap menceroboh perairan Indonesia tanpa izin telah dibakar sedangkan keputusan mahkamah masih belum diputuskan.

Terdahulu, Indonesia mengakui bercadang akan mengebom mana-mana kapal asing yang melakukan aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan republik itu sebagai pengajaran kepada penceroboh.

AKAN MENYUSUL