Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Siasat siapa yang mulakan istilah Liberalisme, pluralisme

Liberalisme, pluralisme hina Islam
  • Datuk Seri Jamil Khir Baharom Datuk Seri Jamil Khir Baharom
1 / 1
KUALA LUMPUR - Fahaman liberalisme dan pluralisme dilihat antara bentuk penghinaan terhadap agama Islam yang paling banyak berlaku kebelakangan ini, persidangan Dewan Negara dimaklumkan semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan mengenal pasti bentuk penghinaan itu berdasarkan laporan daripada Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Ini (penghinaan Islam) merupakan hasil rentetan daripada pandangan yang melihat Islam ini secara liberal, pluralisme dan ajaran yang melihat agama itu hanyalah hak individu yang tidak ada kaitan dengan pihak lain.

“Sedangkan golongan ini gagal memahami dan melihat bahawa peruntukan Perlembagaan yang telah dipersetujui secara bersama sejak dari awal kemerdekaan dahulu, iaitu pembinaan kepada perlembagaan itu, meletakkan Islam bukan sahaja sebagai agama rasmi tetapi juga sebagai agama Persekutuan,” katanya.

Jamil Khir berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Johari Mat yang ingin tahu apakah bentuk penghinaan agama Islam yang sering kali berlaku secara sengaja dan tidak sengaja kebelakangan ini.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Ada kuasa siasat la...dok garu teloq ja kerjanya.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.