Di dalam sebuah negara sekular memang sukar bagi rakyatnya untuk menerima fahaman islam, sama ada mereka itu terdiri dari kaum bukan beragama islam atau mereka yang mengakui dan menganut agama islam, kita tidak hairan jika bukan islam menentang islam, yang lebih menghairankan ialah orang yang beragama islam sendiri yang lebih menentang islam dan melakukan berbagai probokasi terhadap image islam
Selain kegagalam islam untuk memperkenalkan islam kepada orang bukan islam dan orang islam sendiri menyebabkan islam itu tertolak, sebut sahaja PAS dan islam semuanya kerut dahi mencemoh, Sabah dan Sarawak kita maklum, mereka tidak akan perkenan dengan islam, ini juga kegagalan penda'ie islam yang terdapat di negeri tersebut selain ada sekatang tertentu
Di dalam perkara kepartian ada suara, malah banyak suara yang meminta PAS keluar PAKATAN, kemudian PAS pula minta DAP keluar PAKATAN, adakah ini semua untuk tujuan kemenangan ? PAS telahpun bertanding di Sabah dan Sarawak pada PRU yang lepas sekalipun tidak di sentuh soal HUDUD tapi islam Sabah dan Sarawak sendiri telah menolak PAS yang bukan islam bertambah lagi, jadi dimana kewajaran PAS perlu keluar PAKATAN ? Dimana asasnya jika PAS keluar PAKATAN maka PR akan menang ! - Pak Karamu
Penganalisis: Pas perlu keluar PR
SHAH ALAM – Usaha PR untuk memenangi sokongan pengundi Sabah dan
Sarawak seterusnya menawan Putrajaya akan lebih mudah sekiranya Pas
keluar dari gabungan itu.
Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, ini berikutan kehadiran Pas ditanggapi persepsi negatif rakyat di kedua-dua negeri setelah parti itu berkeras mahu melaksanakan hudud di Kelantan.
“Isu hudud amat sensitif bagi penduduk Sabah dan Sarawak yang majoritinya bukan beragama Islam. Malah DAP di Sarawak, sedia untuk tidak bekerjasama dengan Pas jika mereka mahu meneruskan hudud.
“Jadi hudud memang beri kesan dari segi sokongan rakyat Sabah dan Sarawak kepada PR. Tetapi, jika Pas keluar dari PR mungkin akan memudahkan PR menang di Sabah dan Sarawak,” katanya semalam.
Menurut beliau lagi, isu hudud yang diperjuangkan Pas juga akan memberi kesan negatif kepada imej DAP di Sabah dan Sarawak.
“Hudud ini bukan perkara baharu yang ditentang oleh DAP. Mereka bermati-matian tidak mahu hudud dilaksanakan kerana beri kesan kepada mereka dari segi politik.
“Bagaimana sebuah parti yang berjuang untuk orang bukan Islam boleh membenarkan hudud?,” katanya.
Selain itu, katanya, kehadiran Pas dianggap tidak relevan di kedua buah negeri itu.
“Hakikatnya Pas merupakan parti yang susah untuk diterima di dua buah negeri yang mempunyai demografi kaum yang berbeza daripada Semenanjung. Berdasarkan pola mengundi rakyat dalam pilihan raya lalu, cubaan Pas bertanding ternyata gagal.
“Pola ini dijangka akan berterusan dan Pas memang tiada peluang masuk di kawasan Melayu, apatah lagi di kawasan bukan Melayu,” katanya.
AKAN MENYUSUL

Dr Jeniri Amir

0 orang berkata:
Post a Comment