Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS KALAH TERUK PRU 14 ?

Apa yang teman dengarpun memang demikian, iaitu orang cina tidak akan mengundi PAS lagi, sebabnya ada dua hal yang besar iaitu hal MB Selangor dan HUDUD, mereka kata yang membakar semangat kaum ini adalah DAP. Itu adalah pandangan mereka dari suara kedai kopi

Maka terdengar lagi cerita PKR juga akan terus terbungkus sama kerana PAS tidak akan mengundi PKR kerana PKR punya punca krisis ini berlaku kecuali HUDUD, Nampaknya penganalisis focus hanya tentang perkara kalah dan menang dalam politik bukan menyentuh paerkara mempertahankan dasar pada setiap parti, nampaknya hanya PAS sahaja masih mempertahankan dasarnya untuk panduan berjuang, sementara DAP dan PKR focus untuk menang sama pandangan yang di buat oleh penganalisis .... ehemmm

Hasakan terhadap PAS nampaknya terlalu banyak, sama ada secara halus atau kasar, dan PAS mungkin sedang atau akan melakukan sesuatu untuk kalah jadi abu dan menang jadi arang, alang-alang mandi biar basah, apa carapun dasarnya jangan di usik kerana itu hak Allah, kalah dan menang adalah kerja Tuhan, setiap dasar adalah maruah parti, PAS mungkin tidak menjual maruahnya, PAS mungkin telah nampak jalan untuk terus menang tanpa menjual maruah - Pak Karamu


ILHAM CENTER: PAS Bakal Kalah Teruk Dalam PRU14 Kecuali...

Menjelang 2015, sokongan bukan Melayu terhadap PAS semakin merosot

KUALA LUMPUR: Selepas krisis menteri besar Selangor, isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan yang mengandungi hukum hudud dan krisis dalaman parti yang semakin parah, PAS sehingga hari ini, dilihat bakal kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Lebih memburukkan keadaan, PAS juga dilihat berpotensi besar untuk kehilangan beberapa kerusi parlimen di Kelantan, Kedah, Terengganu, Perak, Pahang dan Selangor.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Mohamad Hisomudin Bakar selain masalah dengan pengundi bukan Melayu, PAS juga berdepan krisis dalam parti yang paling teruk selepas PRU13.

Katanya, Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat September lepas memperlihatkan betapa krisis dalaman parti itu semakin meruncing dan membuatkan persepsi terhadap parti Islam itu bertambah buruk.

"Pengundi bukan Melayu yang sebelum ini menyokong PAS cenderung untuk tidak lagi memberi undi kepada parti Islam itu dalam PRU14.

"PAS bukan hanya perlu ubah persepsi mereka di mata pengundi bukan Melayu tetapi perlu segera menyelesaikan masalah dalam parti yang paling teruk setakat ini.

"Namun ia bukan bermakna UMNO atau Barisan Nasional (BN) akan mendapat manfaat daripada situasi ini, sebaliknya pertarungan kedua parti bertambah sengit," katanya dalam satu pertemuan bersama Astro AWANI.

UMNO, kata Hisomudin tidak boleh mengambil mudah situasi ini kerana pengundi melihat parti itu masih lagi tidak berubah.

Katanya, pengundi bukan Melayu mungkin tidak akan bersungguh-sungguh untuk keluar mengundi di kawasan yang mana berlakunya pertandingan melibatkan calon PAS dan UMNO.

"Kawasan yang mana terdapat pengundi bukan Melayu yang agak tinggi peratusannya, yang melibatkan pertandingan antara PAS dan UMNO akan menghadapi masalah penurunan sokongan bukan Melayu.

"Tidak seperti PRU13, pengundi bukan Melayu ketika itu bersunguh-sungguh mahu memastikan calon yang mewakili Pakatan Rakyat menang.

"Namun situasi sama dijangkakan tidak akan berlaku lagi pada PRU14 nanti, terutama melibatkan kawasan ditandingi PAS," katanya lagi.

Hisomudin berkata, krisis menteri besar Selangor menyebabkan pengundi bukan Melayu melihat PAS sebagai parti yang tidak mementingkan kesepakatan.

Katanya, desas-desus yang mengatakan PAS mahu bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan di Selangor membuatkan pengundi bukan Melayu hilang kepercayaan terhadap PAS.


"Situasi ketika itu ialah Pakatan Rakyat mahu menyingkirkan Tan Sri Khalid, tetapi perkara itu berlanjutan dan pengundi bukan Melayu melihat PAS mengambil keputusan untuk tidak sepakat.

"Dengan cerita kerjasama dengan UMNO itu membuatkan pengundi bukan Melayu merasakan bahawa PAS menikam rakan sendiri," jelas beliau.

Namun Hisomudin menjelaskan, situasi ini mungkin berlaku sebaliknya jika berlaku perubahan dalam kepimpinan PAS pada pemilihan parti itu tahun depan.

Selain itu, pemimpin PAS perlu bekerja keras untuk memulihkan sokongan pengundi bukan Melayu supaya dan mengukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. -astroawani

ULASAN GB

Mesti ramai dari kalangan puak UG melenting dengan kenyataan Pengarah Eksekutif Ilham Center di atas.

Sedangkan itulah hakikat sebenarnya. Itu pandangan orang di luar PAS. PAS akan kalah teruk di dalam PRU yang akan datang kecuali jika berlaku perubahan dalam kepimpinan PAS pada pemilihan parti itu tahun depan.

Maksudnya hapus dan turunkan semua yang berstatus UG dari barisan kepimpinan PAS di semua peringkat!

2 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau orang cina tidaj akan undi Pas dalam pru 14 nanti. Adakah orang melayu akan undi cina DAP? Adakah DAP dapat mempertahankan jumlah kerusi yang mereka menang tanpa umdi melayu?
Kalau Pas akan kalah terok DAP juga akan hanyut bersama PKR dan PaS.
Dan kalau UMNo kwmbali kukoh ,apa yang merugikan PAS? CINA Dap yang paling terkesan sebab UMNO akan mengeluarkan kerisnya daripada sarong. Tak kan umno akan tikam melayu dalam PAS?
Adakah dengan menukar pimpinan PAS pas akan bergancak daripada fasar islam dan hududnya?
Pastinya tidak.UG umpama cerita hantu yang direka untok menakutkan anak anak kecil. Puak Pro PR juga satu ciptaan umpama hikyat Hang Tuah ,supaya orang melayu taat setia.

Anonymous said...

Saya sependapat dgn tuan. Apa yg menghairankan wujudnya golongan Melayu Islam berusaha bersungguh2 melagakan Melayu dgn Melayu dlm kelompok yg sama. Bukan setakat melagakan bahkan ketara bencinya seolah2 sudah berkerat rotan dan tiada maaf bagimu. Peliknya memuji kaum lain dan percaya sepenuh hati keikhlasan mereka. Pada hal semua tau kaum lain boleh bermesra dalam masyarakat Melayu yg ramai, tetapi Melayu tak boleh angkat muka jika masuk ke kawasan mereka yg ramai.
Lihat saja, di mana martabat Melayu mereka perlakukan di seberang tambak Johor? Di mana kedudukan Melayu di P.Pinang yg masih dlm Malaysia?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.