Panggil dulu, baru tahu datang atau tak!
KUALA LUMPUR - Pas hari ini menempelak DAP berhubung tindakan parti itu
dalam mempertikai kehadiran Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
ke Mesyuarat Majlis Pimpinan PR.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, DAP tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan terbabit kerana Hadi masih tidak menerima jemputan mesyuarat tersebut.
"Mereka (DAP) tidak panggil (hadir mesyuarat), macam mana mereka nak tahu Hadi tidak hadir mesyuarat?"
"... Tidak betul, dia (DAP) tidak panggil (Hadi) lagi..Panggillah dulu, baru kita tahu Hadi datang atau tidak," katanya selepas sidang media di sini, hari ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali sebelum ini membidas Penasihat Agung DAP, Lim Guan Eng yang membangkitkan soal kehadiran Hadi ke mesyuarat tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Wan Azizah sahkan tiada komunikasi dengan Hadi
Bagaimanapun, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui di Parlimen baru-baru ini menafikan ketidakhadiran Hadi disengajakan namun tidak menolak ia merupakan situasi yang amat jarang berlaku.
Ditebak mengenai strategi politik Pas dalam menangkis hujah DAP, beliau sebaliknya berkata, kesemua pihak harus bersemuka dan berbincang mengenai semua permasalahan yang timbul.
"Semua pihak dalam PR mesti duduk di meja perbincangan.
"Jika semua pihak berfikiran positif, tidak ada masalah untuk hadapi masalah parti dan PRU14 nanti," katanya lagi.

2 orang berkata:
DAP bukan rakan yg sebenar. Dasarnya lebih kepada faedah peribadi. PKR dan PAS perlu waspada. Benar sekarang DAP bermanis muka dgn PKR kerana beranggapan ketokohan Anwar boleh membantu kemenangan DAP. Lihat saja nanti ular menyelinap dlm sarang belut.
Pkr dan pas kena perkukuh balik hubungan. Tinggalkan dap...x kemana dap tu...kalau dia sorang2 dia tak mampu juga nak mng byk. Bukan smua cina sokong dap. Cuba lakukan pd pru 14 nanti...kita tengok sejauh mana kuasa cina dap ni.
Post a Comment