Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAA, BETOI KE NI ?

UMNO Tawar Kewarganegaraan Pada Saya - Pengakuan Warga Asing.


Ini laporannya ;



Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Apa yang dilaporkan?

1. Lelaki dalam gambar di atas namanya Abdul Talib.

2. Dia memiliki kad pengenalan yang mempunyai tarikh luput.

3. Kad pengenalan itu perlu diperbaharui mengikut tempoh dan kaedah yang telah ditetapkan.

4. Ketika dia berusia 15 tahun, kad pengenalannya hilang. Dan sejak itulah dia memegang kad pengenalan bertarikh luput.

5. Kad pengenalan dia juga viral di laman sosial disebabkan status tarikh luputnya itu.

6. Dia telah memohon status kewarganegaraan semenjak tahun 2000 lagi namun permohonannya gagal.

7. 3 adik beradiknya yang lain ialah warganegara Malaysia.

8. Abdul Talib juga membuat pendedahan bahawa sekumpulan lelaki warga asing di kawasan Paya Jaras, Selangor telah diberikan kewarganegaraan ekpress pada PRU ke 12 iaitu pada tahun 2008.

9. "Saya ada bukti dari rakan Kemboja bahawa mereka mendapat kewarganegaraan ekpress dari YB UMNO" kata Abu Talib.

10. "Saya cuba dapatkan kepastian dari adun itu sendiri".

11. "Sebaliknya saya pula yang ditawarkan kewarganegaraan oleh YB itu".

12."Saya boleh jadi warganegara jika mahu, tetapi saya tolak sebab cara ini salah". 

Inila kata2 Abu Talib seperti yang dilaporkan oleh Suara Keadilan.

Sekarang kita berbalik pada tahun 2008. Adun Paya Jaras = katanya UMNO dalam laporan di atas. Nama + wajah yang membuat pengakuan pun ada. Dia kata dia ada saksi rakan dari Kemboja yang boleh mengesahkan pendedahan dia berserta dia kenal dan tahu kumpulan2 lelaki mana yang mendapat kewarganegaraan ekpress tersebut. Jangan lupa. Dia juga adalah individu yang ditawarkan kewarganegaraan segera oleh YB UMNO.



Hasil semakan aku ;

- Pada tahun 2004 - 2013, DUN Paya Jaras dipegang oleh UMNO.

- Wakil rakyatnya bernama Bushro Mat Johor dari BN (UMNO).

- Dia mula menang pada tahun 2004 dan menang sekali pada tahun 2008.

- Namun kalah pada tahun 2013.

- Kalah kepada PAS seperti yang tertera dalam maklumat di atas.

Rujukan aku disini.

Apa yang aku nak PDRM buat ialah ;

1. Siasat apa yang dilaporkan oleh Suara Keadilan.

2. Siasat dakwaan dan pendedahan oleh Abu Talib.

3. Siasat bekas adun tersebut.

Aku taknak tuduh2. Sebab tue aku minta jalankan siasat. 

Jika PDRM tidak mengambil apa2 tindakan seperti yang aku fikirkan, jangan marah pula kalau aku fikir PDRM dan KERAJAAN BN memang bersubahat sama untuk melindungi sebuah konspirasi warganegara ekpress kepada warga asing untuk mencapai sesuatu tujuan.

Renung2kan.  



Ameno World

2 orang berkata:

Anonymous said...

Yg jadi kambing kelabu asap nanti pegawai JPN jugak. Itu namanya 'saya yg menurut perintah'.

Unknown said...

Jika benar apa dilaporkan ini..jika tdk ada fitnah..maka ini adalah satu pengkianatan kpd negara...org yg begini tdk blh di maafkan

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.