Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR TANPA PAS , BAGUUUUUUS, BERDIKARILAH DENGAN DAP !

PAS Tak mahu ambil tahu apa yang PKR buat dalam perkara testing popular, teruskanlah ! Hangpa kan ke dah teror bebeno ! PAS dah ada maklumat tentang PASMA da PKR tak payah nak cerita lagi, sekali gus PAS telahpun menyedari nawaitu PKR yang sebenar tentang terbentuknya PASMA. Lepeh ni jangan pula PKR dan DAP memuji PAS melambung-lambung, kononnya PAS ni baik dan sangat berwibawa dan  bla,bla,bla .... - Pak Karamu

PKR tanpa PAS

Parti Keadilan Rakyat telah membuat cubaan untuk sesi ceramahnya tanpa kehadiran PAS. Beberapa siri ceramah telah dibuat dan pada 13 Disember 2014 (semalam) Ketua Umum telah diturunkan dengan gandingan mantap Sdr Rafizi (tapi tidak hadir).

Ceramah di Dataran Rakyat, Jalan Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur (Hadapan Poliklinik Beserah), adalah tempat yang dikatakan strategi dan beberapa tahun lalu kehadiran telah melepah tapi kali ini tanpa PAS nampak macam sunyi dan kehadiran yang dilihat tidak menampakkan kebiasaan bagi Ketua UMUM seperti DSAI.

Mengikut maklumat sumber kami terima, ceramah ini diatur dengan baik. Cuaca pun baik juga. Publisiti dijalankan dengan baik. Kenapa kehadiran tidak seperti diharapkan?

Ada sumber mengatakan bahawa orang bawahan (rakyat yang menyokong pembangkang) telah jemu dengan 'permainan' politik Pakatan Rakyat yang banyak menyalahkan PAS sedangkan masalah sebenar bukan disebabkan parti berkenaan.

Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Pahang tetapi juga berlaku di Terengganu mengikut kata maklumat PKR. Kehadiran Nurul juga tidak mendapat sambutan sebagai yang berlaku di beberapa siri ceramah dan program Keadilan di Terengganu.

Mengikut sumber faktor penyebab juga dikaitan dengan PASMA dimana penyokong PAS Terengganu menolak sama sekali PASMA.

Misalnya Forum PASMA di Dungun hanya dihadiri oleh 42 orang sahaja manakala ceramahnya pada malam tersebut hanya sekitar 150 orang walaupun yang hadir adalah tokoh utama Keadilan dan PASMA.

Mengikut sumber dalam PKR, PASMA bukan membantu PR tetapi lebih kepada memecahkan lagi PR dimana hubungan PAS-PKR menjadi makin parah dengan kehadiran PASMA.

Program Nurul Izzah sebelum ini di Chabang Tiga juga tidak mendapat sambutan kerana sikap Adun Bandar drp PKR Azan Ismail yang dikatakan tidak membuka pejabat dan selalu tidak berada di Kuala Terengganu untuk membantu rakyat di sana sehingga keluar cakap-cakap di antara orang Keadilan sendiri Azan perlu ditukar untuk PRU-14 nanti bagi membaiki imej PKR.

Dengan kehadiran rakyat ke ceramah Anwar yang sememangnya tidak sehebat program-program terdahulu dan sebelum ini, rakyat pelbagai kaum berbondong-bondong untuk mendengar ceramahnya.

Kehadiran yang agak hambar, PKR perlu memikir semula strategi untuk menyingkirkan PAS dalam program-programnya selepas ini.

TEMPAYAN RETAK
http://tempayanretak.blogspot.com/

5 orang berkata:

Anonymous said...

Tidak. Bukan kerana pas tak terlibat. Apa lah sangat kekuatan PAs! PAS hanya melukut dalam PR. Hanya menumpang.
DAP yang kuat sebenarnya
Pkr tak payahlaj nak layan PAS.
Undi PAS tidak akan membawa kelebihan kepada PKR
Jagalah hati DAP dan cina cina. Cincanglah PAS supaya hati DAP senang.

Anonymous said...

Sokonglah dap parti pelingkop islam dan parti harbi...ha..ha pkr akan bergembira dimana ceramah dia tanpa pas dihadiri ratusan ribu nyamuk dan agas2...ha..ha

Anonymous said...

Bukan umno yg cipta masalah..tapi pkr-dap yg bermasalah dan memulakan provokasi yg menjerat diri dan pakatan yg dalam kehancuran akibat mengejar cita-cita yg belum pasti.. Serta meganggu gugat keharmonian islam malaysia..

XUMNO said...

Kan dah cakap. Rafizi. Saifuddin, Zuraidah mungkin rasa puas hati dengan mencemuh Pas terutama Presiden. Tunggu PRU-14 nak tengok berapa kerat pemimpin2 melayu PKR boleh menang. Silap haribulan PKR akan jadi Dap yg dikuasai oleh bukan-melayu

Anonymous said...

Ha ha syukur kesedaran ahli2 pas masih mcm dulu dan mana2 parti yg mengkhianati pas akan tersungkur,lihat apa sudah jd dengan semangat 46,berjasa dan hamim,mungkin kini giliran pkr pula,itulh keramatnya pas, parti orang kampong,yg tk bersekolah tinggi ini-bukit bidang selising

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.