Pemimpin Umno sambut kerjasama dengan Pas
KUALA LUMPUR - Umno menyambut baik jika Pas duduk bersama membincangkan pelaksanaan hukum hudud.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, ia kerana soal hukum hudud adalah milik semua orang Islam dan bukannya milik mana-mana parti.
“Saya menyambut baik sekiranya perbincangan untuk memperkukuhkan agama Islam dan Institusi Melayu itu, dibuat oleh sama ada Umno atau Pas kerana ia perlu dibuktikan bahawa persempadanan politik tidak boleh membataskan isu agama kerana agama Islam adalah anutan kita.
“Paling penting Pas harus tunjukkan keikhlasan dalam apa jua yang ingin dibincangkan, mereka harus telus dan menunjukkan kepada Umno apa topik-topik yang harus diberi penekanan bersama dalam soal agama Islam ini,” katanya, semalam.
Jelasnya, jika Pas mahu adakan perbincangan mendalam berkenaan hudud, ia perlu dilakukan secara terperinci.
Sementara itu, Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, beliau menerima jika perbincangan diadakan antara kedua-dua parti itu mengenai pelaksanaan hudud.
“Saya tiada halangan untuk melaksanakan hudud tetapi apa pun apabila bercakap tentang Islam, kita hendaklah bersatu, tanpa mengira latar belakang dan fahaman (politik), yang penting kita bersatu atas nama Islam.

4 orang berkata:
Dah tahu hudud milik semua org islam knp umno tak mau buat...jgn jd hipokrit
Bagi rancangan tv seminggu 2jam aja..pas @ mana2 penal akan terang hudud sampai rakyat faham...kalau x faham juga tu jenis mangkok la tu.
Bagus, itu cadangan paling effektif. Kalau kerajaan BN benar2 jujur apa masalahnya.
Soalnya jgn ulangi mazhab usang dgn mengatakan 'Hudud Pas'. Hukum Allah jgn dipersenda.
UMNO ni klu beriya2 menyokong hudud tu..mesti ada niat lain...klu x dh lama diorg laksanakn..tp dulu bantah semahu2nyer...psl BN kuat masa tu...ni sume hipokrit jer...mainan politik semata2....x prnh prcaya dgn UMNO dlm isu hudud....
Post a Comment