Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEJAK SEBELUM MERDEKA LAGI MELAYU BERTOKEHKAN CINA

Melayu mengemis pada Cina raih sokongan

  • Dr Mahathir sempat melayan permintaan untuk bergambar kenangan bersama sebahagian daripada peserta konvensyen selepas menyampaikan ucaptama di Akademi Kenegaraan Biro Tatanegara, semalam. - Foto Bernama
1 / 1
KUALA LUMPUR – Orang Melayu kini terpaksa mengemis kepada orang bukan Melayu untuk raih sokongan bagi memenangi pilihan raya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini berpunca daripada perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang Melayu yang terbahagi kepada tiga puak.

“Orang Melayu kini tinggal 60 peratus dan dengan jumlah ini sepatutnya menang setiap kali pilihan raya kerana kita mempunyai majoriti. Tetapi kita berpecah sesama sendiri dan terbahagi kepada tiga puak yang jumlah setiap satu kurang 50 peratus.

“Dengan jumlah ini, kita tak mungkinmendirikan kerajaan dengan majoriti mutlak. Sebaliknya untuk dapat majoriti memerintah negara, kita terpaksa menjadi pengemis minta pertolongan kaum lain khususnya Cina,” katanya ketika menyampaikan ucap tama di Konvensyen Kepimpinan Melayu Muda Nusantara (NUSA’14) di sini, semalam.

Katanya lagi, baik Umno, Pas dan PKR masing-masing mengemis di kaki orang Cina DAP supaya mendapat sokongan.

“Bila kita jadi pengemis, kita tidak lagi jadi orang yang berkuasa. Namun, inilah keadaan yang berlaku sekarang,” katanya.

Beliau turut menegur sikap orang Melayu yang lebih utamakan kata-kata pemimpin atau puak sendiri berbanding ajaran Islam dan al-Quran.

“Kalau puak kita bertindak bercanggah dengan ajaran Islam sekalipun, kita lebih utamakan puak kita, pemimpin kita. Dengan itu, berlakulah perpecahan kerana pemimpin ada hasrat tertentu bagi dirinya.

“Dikumpulkan orang kita di kelilingnya dan mereka ini akan patuh kepada pemimpin walaupun bertentangan dengan agama. Sebab itu, hari ini perpecahan berlaku dalam kalangan orang Islam,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Nak tanya Dr.M pemimpin mana yg slalu buat keja yg bertentangan dgn agama dr dulu hingga skrg...jwp: al-umno wal BN .

Arie_73 said...

Sekarang baru nk ckp psl alquran n hadis..masa jd pm dulu apsal x ikut..melayu x brpecah klu sumer melayu ddk dlm pas.bubar umno...bodoh..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.