Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUDAH BERSARA BARU BERANI


HOT!!! Bekas Pengerusi SPR Buat Kejutan Terhadap Perdana Menteri Malaysia, Apa Sebenarnya? Jom Terjah!!!

 


Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman meminta pemimpin Melayu hari ini berhenti daripada menipu rakyat dan membantu kaum Melayu sedaya upaya. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu berhenti daripada terus berbohong kepada rakyat tentang keadaan sebenar kedudukan negara, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh (membantu Melayu)," katanya dalam mesyuarat Agung Tahunan Perkasa, hari ini.
Rashid berkata beliau tidak marah jika orang Umno atau Najib memarahinya mengkritik secara terbuka kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.
"Sekarang saya lantang mengkritik tetapi tiada yang berani mengkritik saya kerana saya tidak mencuri duit rakyat. Tiada apa saya sembunyikan," katanya.
Beliau berkata dirinya sangat berterus-terang dan pernah berdepan dengan Najib bagi menyatakan pendiriannya.
"Saya bercakap secara berdepan. Saya kata jika tak suka, singkirkan saya tetapi sebaliknya saya dinaikkan pangkat," katanya.
Rashid berkata apa jua cadangan yang dibawa hari ini tidak akan ke mana-mana kerana pelaku rasuah tidak akan mendengar.
"Mereka (Umno) takut kalah pilihan raya tetapi saya kata itu tidak berlaku sebaliknya kita berdepan dengan pelbagai cabaran," katanya.
Beliau turut mencadangkan peranan Perkasa ditukar daripada kumpulan pendesak Melayu kepada parti politik memerintah negara kerana itu saja pilihan yang ada memastikan negara dipimpin orang yang "betul".
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/berhenti-tipu-rakyat-kata-bekas-pengerusi-spr-kepada-najib#sthash.FuAhK1ES.dpuf

3 orang berkata:

mosabit said...

bila ketua penipu menasihat orang lain jangan menipu....kah kah kah

Anonymous said...

Org yg kaki penipu ja tahu bekas tuan dia kuat menipu...he..he...he

XUMNO said...

Marah dan gian sebab dah bersara dan tak ada peluang lagi nak menipu macam dulu. Muka Rashid ni dulu memang sinonim dengsn kaki menipu dalam pilihanraya.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.