Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEREKA SUKA JOLOK SARANG TABUAN

Isu Melayu: Tuntut Akhbar Bahasa Inggeris Respons

MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini tampil memberi respons terhadap 25 tokoh Melayu berhubung kenyataan mereka mengenai komuniti Melayu Muslim di sebuah akhbar berbahasa Inggeris, baru-baru ini.



  • Mohd Azmi Mohd Azmi
1 / 1
KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini tampil memberi respons terhadap 25 tokoh  Melayu berhubung kenyataan mereka mengenai komuniti Melayu Muslim di sebuah akhbar berbahasa Inggeris, baru-baru ini.

Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid mendakwa, kenyataan mereka melalui satu kempen di akhbar berkenaan telah meletakkan Melayu dengan gambaran buruk, sebagai komuniti yang membiarkan ekstremisme dan bersikap tidak toleran.

"Dalam temu bual tersebut, seorang daripada  25 tokoh Melayu itu menyebut bahawa seolah-olah komuniti Melayu adalah  komuniti itu sedang menghadapi kelumpuhan moral.

"... dan tidak memberikan tindak balas kepada apa yang beliau dakwa wujudnya ekstremisme komuniti itu bersikap tidak toleran, sehinggalah munculnya mereka.

"Serta tuduhan mengenai Melayu tamak dan mahu menafikan hak bangsa lain, merupakan satu penghinaan kepada Melayu dan tidak berasas sama sekali," katanya ketika sidang media, di Ibu Pejabat Mapim Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas lanjut, Azmi menambah,  kempen yang dibawakan oleh 25 tokoh Melayu tersebut adalah tersasar jauh daripada maksud sebenar.

"Kempen anda adalah dalam arah yang salah. Ia bukanlah ekstremisme agama yang mengancam perpaduan dan kestabilan negara kita tetapi jurang etnik yang semakin berkembang dalam politik, ekonomi, pendidikan dan habitat manusia.

"Kita perlu mewujudkan gerakan untuk menangani masalah yang serius ini dan tidak beralih tumpuan oleh isu ekstremisme agama yang menghantui kita," jelasnya.

25 tokoh Melayu tersebut adalah terdiri daripada kalangan bekas pegawai tinggi kerajaan, duta, bekas setiausaha pelbagai kementerian, peguam dan kalangan profesional lain.

Sementara itu, kumpulan ini pernah  menulis surat terbuka meminta satu dialog yang rasional diadakan mengenai kedudukan Islam dalam sebuah negara demokrasi berperlembagaan.
 


1 orang berkata:

XUMNO said...

Mereka bukan tokoh tapi pengkhianat bangsa melayu dan islam yg merupakan manusia lupakan kulit. Jika bukan kerana mereka ada nama melayu mungkin mereka sudah jadi pemandu lori dan pengayuh beca saja.Kerana dasar bumiputra Tun Razak dululah mereka dapat menduduki pangkat2 yg disandang. You people did not experience the humilation as we did in the 50s and 60s for being a malay! Pernah kena herdik " you stupid malay"? "Go back to the jungle!" So janganlah nak berlagak bongkak dan sombong bila dah menikmati hasil titik peluh dan air mata darah bangsa melayu!! Hampeh!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.