Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENYATAAN BALAS CARA BERHEMAH

ORANG MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM SUDAH LAMA MENJADI SASARAN ORANG BUKAN ISLAM, MEREKA BERANI MELAKUKAN APA SAHAJA DI NEGARA INI KERANA SETIAP KEBIADAPAN ORANG BUKAN ISLAM DI KOMEN OLEH ORANG MELAYU ISLAM SECARA LEMBUT, KONON BERTOLERANSI, AKIBATNYA MEREKA LEBIH BEBAS MELAKUKAN TUDUHAN YANG KURANG AJAR, SIAPA YANG NAK AJAR MEREKA ? HARAPKAN YANG MEMPERJUANGKAN MELAYU ISLAM ? MEREKA HANYA SUNYI SEPI KERANA ADA KEPENTINGAN POLITIK DI SITU, ERTINYA BIAR MELAYU ISLAM DI HINA DAN DI TUDUH DENGAN SEMBARANGAN ASALKAN DAPAT SOKONGAN DAN UNDI "HIDUP MELAYUUUU ! - Pak Karamu
 
Jangan tuduh semua Melayu ekstrem
  • Mohd Azmi Abdul Hamid Mohd Azmi Abdul Hamid
1 / 1
KUALA LUMPUR - Kumpulan 25 ‘tokoh Melayu sederhana’ yang sering mengutarakan pandangan mereka mengenai isu Melayu dan agama, sebenarnya hanya menyumbang kepada perpecahan lebih teruk dalam negara apabila meletakkan komuniti Melayu Islam dalam gambaran amat buruk.

Koordinator Jaringan Intelektual Muslim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kumpulan ini dilihat berterusan menuduh orang Melayu Islam di negara ini berfikiran ekstrem, seterusnya mencetuskan provokasi.
 
“Ini sangat tidak sihat. (Kita tidak patut) menuduh, melabel orang lain. Kita tahu kalau sering diprovokasi, akan ada respons. Sebab itu Jaringan Intelektual Islam mahu membalasnya dengan hujah secara ilmiah, ada fakta dan secara rasional,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
 
Kumpulan 25 tokoh Melayu itu, terdiri daripada bekas pegawai kanan kerajaan yang menggelar diri mereka ‘rakyat prihatin’ menghantar surat terbuka di akhbar The Star pada 8 Disember lalu untuk menyuarakan kekecewaan berhubung kedudukan dan penggunaan undang-undang Islam di negara ini.
 
Menurut surat itu, terdapat keperluan mendesak untuk kerajaan menyemak semula Undang- Undang Jenayah Syariah di Malaysia yang didakwa bercanggah dengan kebebasan asasi serta gangguanterhadap kehidupan peribadi rakyat.
 
Selain itu, kumpulan itu turut menegaskan tiada sebarang undang-undang termasuk undangundang Islam dan fatwa yang boleh menandingi Perlembagaan Persekutuan.
 
“Jadi yang kita faham, kesederhanaan bagi mereka ini ialah tidak boleh ada apa-apa undang-undang di negara ini (termasuk undang-undang syariah) yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, itu yang mereka panggil sebagai moderat.
 
“Orang Islam yang berhak mengembangkan undang-undang syariah kerana mahu hidup dalam sistem Islam dilihat sebagai ekstrem,” kata Mohd Azmi. Menurutnya, sebagai respons kepada dakwaan kumpulan itu, Jaringan Intelektual Islam yang terdiri daripada 35 pemikir Islam juga telah menghantar surat kepada pengarang akhbar berbahasa Inggeris tersebut.
 
Berikut kenyataan penuh 35 tokoh Melayu Islam yang dibacakan Koordinator Jaringan Intelektual Muslim yang juga Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Apa sahaja niat anda, kesan Kempen Suara Sederhana yang dimulakan oleh 25 ‘tokoh Melayu sederhana’ melalui surat terbuka telah meletakkan komuniti Melayu Islam dengan gambaran yang buruk, sebagai komuniti yang membiarkan ekstremisme dan bersikap tidak toleran.
Dalam satu temu bual oleh wartawan Sunday Star, Hariati Azizan, yang disiarkan dalam tiga muka surat itu, Datuk Noor Farida Ariffin, salah seorang 25 ‘tokoh Melayu sederhana’, menyatakan golongan muda di kalangan rakyat Malaysia mengalu-alukan surat terbuka mereka 'kerana mereka tidak tahu sama ada terdapat lagi Melayu sederhana di negara ini.'

Beliau seterusnya menyatakan, “Apa yang kami ingin tunjukkan adalah masih terdapat orang Islam berfikiran rasional sederhana di negara ini.”

Apa yang digambarkan oleh beliau terhadap komuniti Melayu Islam adalah komuniti itu sedang menghadapi kelumpuhan moral dan tidak memberikan tindak balas kepada apa yang beliau dakwa wujudnya ekstremisme komuniti itu (yang) bersikap tidak toleran, sehinggalah munculnya 25 ‘tokoh Melayu sederhana’ ini.

Sebenarnya Melayu Islam adalah komuniti antara paling toleran dan bertolak ansur di dunia ini dengan budaya menerima kepelbagaian, yang berakar umbi dari Islam (yang mereka anuti). Tidak perlu berkhutbah mengenai sikap sederhana dan toleran kepada mereka. Selepas kemerdekaan, mereka bersedia untuk berkongsi kuasa dengan komuniti lain dan memberikan kewarganegaraan kepada lebih sejuta pendatang yang membawa akhirnya  kepada penghakisan kuasa politik mereka sendiri.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Dajjal dah utuskan 25melayu ni

XUMNO said...

25 Melayu jenis kacang lupakan kulit! Kalau tak adalah dasar istimewa bumiputra dan perjuangan orang2 melayu berkemunkinan mereka cuma boleh jadi pengayuh beca atau pemandu lori sampah. Don't act laa.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.