Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, January 15, 2015

TERKINI ! ERIC PAULSEN BERDEBAT DENGAN JAKIM Di TV

Perkembangan terbaru tentang isu keceluparan mulut Eric Paulsen, peguam Lawyers For Liberty.
Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) boleh dijadikan platform bagi memperjelaskan kepada umum berhubung dakwaan seorang peguam kononnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi ekstremisme.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata demikian merujuk kes Pengasas Lawyers For Liberty, Eric Paulsen baru-baru ini.

"Salam konteks kebebasan bersuara, saya rasa tiada masalah (untuk berdebat secara langsung di RTM). Kita minta peguam itu datang dan jika Jakim setuju, saya tak ada masalah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan identiti korporat baharu Pos Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata kesediaan RTM menjadi platform perdebatan adalah bagi memperjelaskan isu berkenaan dan (ia bergantung ) jika Jakim ataupun pihak lain turut bersetuju untuk tampil memperjelaskan isu itu. 
Katanya, sehingga kini, peguam itu masih gagal memperjelaskan kepada umum kenyataannya yang dibuat melalui twitter dan membuktikan khutbah dan masjid mana yang terlibat dalam menyebarkan fahaman extremisme.

"Kebebasan memberi pendapat bukan setakat menyatakan satu ayat namun anda perlu menyatakan dengan jelas, supaya orang jelas dan orang boleh menjelaskannya semula.

"Saya bagi tau kawan di RTM, bagi dia (peguam itu) berdebat mengenai apa yang dimaksudkan Jakim promosi ekstremisme, apa yang ekstrem. Dan orang boleh jawab dan buat penilaian," katanya.

Ahmad Shabery berkata, Jakim adalah satu badan yang paling hebat menentang fahaman ekstremisme dan banyak memperkenalkan kesederhanaan di kalangan umat Islam di negara ini - sumber
MiM bersetuju dengan kenyataan DS Ahmad Shabery Cheek bahawa JAKIM adalah satu badan yang paling hebat menentang fahaman ekstremisme. Sebagai contoh ialah kenyataan Ketua Pengarah JAKIM.

Anda baca :
Di Malaysia, kita perlu pastikan kesahihan sesuatu berita. Contoh, apabila tersebar berita orang Islam atau institusi Islam dihina, dicemari ia bukan bermakna kita boleh ambil tindakan bersendirian. 
Kita hidup dalam masyarakat yang bersistem. Islam di Malaysia ada pelindungnya iaitu raja-raja Melayu yang diperkasa dengan peruntukan undang- undang. 
Cara terbaik, bagi ruang kepada sistem perundangan berjalan supaya orang yang menghina Islam diadili mengikut proses undang-undang. Hatta, jika kita terpaksa bangkit mempertahankan hak dan maruah Islam pun perlu melalui undang-undang. 
Hanya orang yang tidak sabar sahaja yang tergamak mengambil tindakan di luar batasan jadi ia membawa kepada wujudnya gerakan militan atau subversif. 
Pengalaman negara jiran, tertubuhnya gerakan ini kerana mereka rasa sistem undang-undang begini tidak berjalan dan agama tidak mendapat perlindungan pemerintah. 
Hal ini tidak boleh dibenarkan wujud di Malaysia sebab ia akan menghancurkan negara, rakyat sama ada yang Islam atau bukan Islam. 
Sebab itu kita ingin melihat ruang yang ada digunakan sepenuhnya supaya tidak dijadikan alasan oleh kumpulan ekstrem tadi. Kalau bertindak di luar batasan undang-undang, mereka juga berhak dikenakan tindakan undang- undang.
Kenyataan di atas jelas menunjukkan sikap kesederhanaan JAKIM yang berpaksikan kepada undang-undang. Jika benarlah seperti fitnah Eric Paulsen itu, Ketua Pengarah JAKIM tidak akan berdasarkan kepada undang-undang dan tidak mempedulikan keamanan negara ini.

Tetapi tidak….tidak sekali.

Walau apa pun opera mamat Eric Paulsen ini, kita yang berfikiran waras dan logik ini tahu Eric telah membangangkan dan memperbodohkan diri beliau sendiri. Lebih-lebih lagi perkataan 'setiap hari Jumaat' yang mengesahkan pembohongan dan fitnah jijik peguam Lawyers For 'Liberty' ini.

Yang lebih bangang lagi ialah wujudnya manusia beragama Islam yang menyokong kebangangan kenyataan peguam tersebut. Sungguh memalukan!

Tetapi yang lebih menyakitkan hati ini ialah sehingga ke saat ini peguam Lawyer For 'Liberty' itu tidak meminta maaf kepada JAKIM dan umat Islam di negara ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.