Pas Perak tiada kuasa siasat isu surat layang
IPOH - Pas Perak tidak mempunyai kuasa membuat siasatan lanjut
berhubung kewujudan surat layang mahu Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak,
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disingkirkan daripada jawatan Yang
Dipertua (YDP) Pas Kawasan Kampar.
Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, siasatan hanya boleh dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat selaku badan yang dilantik untuk mengendalikan pemilihan berkenaan.
Pesuruhjayanya, Razman Zakaria berkata, siasatan hanya boleh dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat selaku badan yang dilantik untuk mengendalikan pemilihan berkenaan.
“Kita di peringkat negeri tak boleh lakukan apa jua tindakan termasuk siasatan (surat layang).
“Perkara itu sepatutnya dilaporkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat yang diketuai oleh Asmuni Awi,” katanya, ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Razman berkata, beliau juga tidak mengetahui dalang di sebalik penyebaran surat layang itu meskipun ada segelintir pihak yang berpendapat ianya dilakukan ahli Pas sendiri.
“Saya tak boleh nak ulas lanjut namun kita juga tak boleh tanpa usul periksa menuduh mana-mana pihak,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, isu berkaitan penyebaran surat layang itu
tidak harus disensasikan memandangkan saf kepimpinan baharu Pas Kawasan
Kampar telah dilantik melalui proses pengundian secara demokrasi.
“Cukuplah, tugas kita sekarang adalah fokus untuk memperkasakan parti sekali gus menumbangkan BN pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Dalam perkembangan sama, pihaknya berpuas hati dengan perjalanan pemilihan jawatankuasa Pas peringkat kawasan di Perak bagi sesi 2015-2017.
“Paling ketara, ada beberapa Pas kawasan telah mengaplikasikan kaedah pengundian sulit bagi memilih calon presiden, timbalan presiden dan naib presiden parti,” katanya.

3 orang berkata:
KOTA BHARU 17 Jun Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Nasharudin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.
Nik Abdul Aziz turut meminta Nasharudin supaya keluar daripada Pas dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli parti itu.
Beliau dengan nada marah menyifatkan pemimpin nombor dua Pas itu sebagai tidak bermoral kerana telah membuat sampah dalam parti tersebut.
Berikut ialah transkrip kenyataan Nik Abdul Aziz mengenai kerajaan perpaduan pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini:
Komen Tok Guru kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang yakin dengan keikhlasan Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dan reaksi balas Timbalan Presiden Pas hari ini?
Pertama sekali saya nak ulangi kenyataan saya dulu bahawa isu perpaduan ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan daripada Pas.
Kalau Perdana Menteri kata ianya dari Pas, itu tak betul. Itu lontaran peribadi dan tidak masuk dalam kertas agenda mesyuarat parti dan juga kertas agenda mesyuarat pakatan (pembangkang). Sebab itu pakatan tidak tahu. Maka bagaimana hendak sebut Pas setuju... tidak boleh.
Kalau setakat hendak berunding untuk kerjasama sahaja dan bukan untuk kerajaan perpaduan bagaimana pendapat Tok Guru?
Bawa benda ini dalam mesyuarat parti dan yang kedua kepada pakatan. Kalau Pas setuju dan pakatan setuju, lain masalahnya.
Pas tidak bincang, pakatan pun tidak bincang. Mana boleh kita hendak bercakap benda ini sebab itu saya kata ini kerja boneka UMNO. Saya ulangi lagi ini kerja boneka UMNO.
Kalau benar Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa hendak setuju, lebih baik masuk UMNO, terang. Saya sebut lebih baik masuk UMNO, letak jawatan di Bachok dan bertanding (semula).
Apa yang duduk buat sampah ini, menyusahkan orang. Dia tidak tahu bagaimana susahnya saya ada yang telefon, datang jumpa sendiri menangis-nangis dan sebak dari dalam dan luar Kelantan. Malah ada setengah yang datang jumpa saya sebak tidak boleh kata apa, tidak boleh cerita.
Apa cerita ini, dia masuk UMNO senanglah daripada duduk bertenggek dalam Pas. Tidak ada moral orang panggil, tidak boleh macam ini.
Kalau semua setuju, pakatan setuju, Pas setuju. Semua jadi anggota kerajaan, DAP jadi menteri, Pas jadi menteri, Keadilan jadi menteri, baru benar-benar perpaduan.
Ini bukan perpaduan tetapi perpecahan. UMNO sekarang berpesta. Pesta bahawa Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan pakatan bergaduh. Pas sudah bercelaru, Pas dengan pakatan pun bercelaru. UMNO sudah berjaya pecah belahkan orang Pas tetapi Alhamdulillah dapat dibendung dengan kenyataan saya baru-baru ini. Tidak boleh terima orang ini, boneka UMNO.
Tok Guru akan terus beri nasihat kepada orang Pas yang menyokong kerajaan perpaduan?
Hendak nasihat apa lagi orang ini, boneka UMNO.
Nasihat kepada ahli Pas yang memahami isu perpaduan ini?
Saya ucapkan terima kasih sebab semua orang sudah faham selepas saya buat kenyataan dulu. Cukuplah setakat ini.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz3XdaWVPA4
© Utusan Melayu (M) Bhd
Satu undi untuk pkr bermakna satu undi hudud/Islam hilang di parlimen. Perubahan boleh berlaku berkadar kepada keadaan semasa, ucapan TGNA tu releven pada waktu itu bukan waktu sekarang harap faham
Salam,
Kita juga tak mahu bersama UMNO, kerana sudah letih dengan dasar Assobiyah,
Kita juga tidak mahu dengan kawan-kawan yang tidak bersifat demokratik kerana tidak menghormati dasar perjuangan parti kawan
Kita tidak selesa dengan kawan-kawan yang menghina dasar parti kawan seperti yang terdapat pada hari ini
Kita sangat tidak selesa dengan penghinaan yang di lemparkan terhadap hukum syarak yang menjadi dasar parti kawan
Kita sangat tidak selesa dengan sikap kawan yang mempengaruhi ahli parti kawan dengan tujuan memperbanyakkan ahli partinya
PAS tidak akan mencari kuasa jika bertentangan dengan dasar partinya yang mengambil kira dosa dan pahala
Post a Comment