Satiful bidas kritikan terhadap Abdul Hadi
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat membidas kenyataan terbaharu Mohamad Sabu yang mempertikai prestasi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, Mohamad yang mengekalkan jawatan Timbalan Presiden Pas sepatutnya membuat perbandingan dengan pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bukannya Abdul Hadi.
“Kalau benar-benar hendak kira prestasi, sepatutnya dibuat perbandingan antara presiden dan calon presiden (Ahmad Awang). Ahmad Awang tidak pernah menang (dalam pilihan raya) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi sudah berapa lama menjadi Ahli Parlimen dan kalah sekali sahaja.
Jelasnya, jika mahu diungkit prestasi pilihan raya, Mohamad tidak sepatutnya melihat prestasi Abdul Hadi di Terengganu sahaja, sebaliknya secara keseluruhan.
“Pas berjaya mendapat Terengganu sebanyak dua kali iaitu 1959 dan 1999. Pada 1999 kita habiskan satu penggal tetapi di Perak tidak sempat. Sebab apa Perak jatuh? Kerana lompat parti. Tiada ahli Pas lompat parti, yang ada PKR dan DAP,” katanya.
Beliau turut mengingatkan Mohamad supaya tidak membangkitkan unsur-unsur membawa perpecahan ahli Pas.
Katanya, jika Mohamad diberi kepercayaan menjadi pemimpin selama ini, beliau juga perlu bersedia dipimpin sekiranya orang lain diberi kepercayaan dan meminta Mohamad menghormati keputusan perwakilan pada pemilihan nanti.

Satiful Bahri Mamat

Abdul Hadi Awang
Ahmad Awang ketika bercakap pada forum bertajuk 'Mampukah Pas Dilonjakkan Pasca Jun 2015' di Kuala Lumpur-Selangor Chinese Assembly Hall, malam tadi. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
Ahmad Yakob
Ahmad Awang
Tuan Ibrahim

Lim Guan Eng