• Tun Dr Mahathir Mohamad
 1 / 1 
SHAH ALAM - Ada banyak lagi sebab lain untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya sebagai pemimpin negara ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, Najib dengan jelas telah membuat kesilapan lebih besar daripada perdana menteri sebelumnya.
“Pemimpin yang dipilih tidak kebal daripada disingkirkan sebelum tempohnya berakhir. PM sebelum ini juga dipilih malah dengan majoriti yang lebih besar, tetapi beliau dipujuk untuk berundur.
“Jadi, apa salahnya jika meminta PM sekarang turun. Beliau secara jelas telah membuat kesilapan besar di dalam negara ini daripada perdana menteri sebelumnya,” katanya melalui catatan di blognya, hari ini.
Menurut Tun Mahahtir, sebelum Najib tiada cakap-cakap tentang kehidupan mewah seorang perdana menteri yang berbelanja barang-barang mewah.
“Sesetengah cakap-cakap itu mungkin tidak benar tapi cakap-cakap seumpama itu tidak kedengaran semasa perdana menteri sebelum-sebelumnya.
“Ia wujud mesti kerana hasil daripada cara hidup yang jauh berbeza daripada seorang perdana menteri...Untuk alasan ini dan banyak lagi, Najib kena turun,” katanya.