Perbalahan politik antara DAP dan PAS memang belum sampai kritikal lagi, tapi yang paling gelisah sekarang ini ialah PKR, perselisihan ini ibarat tembak sana tembak sini lain yang kena, jika anda mahu buktinya anda tunggu sedikit masa lagi jika DAP terus mengasak PAS,
PAS kelihatan sedikit berdegil, akan tetapi sebenarnya dimana terletak kedegilannya ? Sebenarnya PAS tak degil, PAS sengaja nak tengok sejauh mana DAP mampu membuat asakan terhadap PAS, PAS juga mahu melihat sejauh mana DAP mampu membuat ugutan terhadap PAS
PAS mempunyai peraturan mesyuaratnya sendiri, mana-mana pehak tak perlu menggesa PAS supaya cepat membuat keputusan termasuklah golongan yang kalah pada muktamar yang lepas, sikap PAS memang bersabar dan tidak tergesa-gesa kerana sikap tergesa-gesa itu adalah kerja syaitan, dan semua pehak perlu faham, rehatkan minda anda dahulu, takkan lari gunung di kejar
PAS nampaknya faham mengikut kajiannya yang berpandukan agama, gunung takkan mengejar sesiapapun kecuali manusia sahaja yang mahu mengejar gunung, kesabaran PAS akan menghasilkan banyak rahsia tembelang musuh perancang yang mahu merobohkannya, dan sekarang sudah boleh ternampak rahsia itu - Pak Karamu
Harap PR kembali mesra
ALOR SETAR – PKR Kedah mengharapkan hubungan serta kerjasama politik antara DAP dan Pas kembali mesra seperti dulu.
Pengerusinya, Dr Azman Ismail berkata, krisis politik tersebut perlu diselesaikan segera supaya harapan dan sokongan rakyat tidak terjejas.
“Kita akui memang berlaku perselisihan faham dan sedikit masalah membabitkan hubungan Pas dan DAP di peringkat pusat.
“Namun hubungan PR di peringkat negeri tiada masalah dan kami masih mesra seperti dahulu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, PR perlu segera menangani krisis tersebut dan memperkukuhkan parti sebagai persiapan menghadapi PRU14.
“Kami merayu dan memohon supaya segala salah faham dan pergeseran ini segera ditangani. Pimpinan tertinggi perlu bertemu serta duduk berbincang.
“Semoga PR kembali kuat dalam menggalas harapan sebahagian besar rakyat Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew turut mengesahkan bahawa hubungan mereka dengan Pas Kedah tiada masalah.
“Hubungan kami baik dan mesra. Cuma, soal pemutusan hubungan politik antara DAP dan Pas itu terserah kepada pimpinan pusat yang tentukan,” katanya

Dr Azman Ismail

3 orang berkata:
hehe pusing jgn x pusing
Satu penilaian yang tepat. Asakan dan cemuhan pemimpn2 Dap sebelum Mukhtamar hanya bertujuan untuk cuba mempengaruhi ahli2 Pas supaya menjatuhkan pemimpin2 ulamak dalam Pas dan memecahkan kesatuan Pas. Tujuan sebenar mereka adalah supaya Pas lemah dan Dap jadi parti dominan dalam PR.Malang bagi ahli2 Pas yang termakan dan tertelan dengan racun Dap ini. Gulongan ini merasa amat kecewa apabila hasrat Dap tidak tercapai, sebaliknya ahli2 Pas telah menunjukkan iltizam yang kokoh mempertahankan dasar perjuangan Pas dan kepimpinan ulamak. Lihat saja kenyataan2 kecewa Dap dan mereka yang terpujukrayu olehnya dalam Pas!! Kini Dap cuba pula menggunakan cara jijik dengan meminta Azmin memilih antara Pas dan Dap di Selangor!! Dang yang lucunya ada pemimpin2 Dap dan PKr yang meminta Pas melepaskan jawatan2 di Selangor. Adakah mereka fikir kerajaan Selangor itu kepunyaan mak bapak DAP??
Sori to u pas kalaulah pe' el mcm ni. Jgn harap kawe nak undi calon pas next pru nanti.
Post a Comment