• Dr Azman Ismail Dr Azman Ismail
1 / 1
ALOR SETAR – PKR Kedah mengharapkan hubungan serta kerjasama politik antara DAP dan Pas kembali mesra seperti dulu.

Pengerusinya, Dr Azman Ismail berkata, krisis politik tersebut perlu diselesaikan segera supaya harapan dan sokongan rakyat tidak terjejas.

“Kita akui memang berlaku perselisihan faham dan sedikit masalah membabitkan hubungan Pas dan DAP di peringkat pusat.

“Namun hubungan PR di peringkat negeri tiada masalah dan kami masih mesra seperti dahulu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, PR perlu segera menangani krisis tersebut dan memperkukuhkan parti sebagai persiapan menghadapi PRU14.

“Kami merayu dan memohon supaya segala salah faham dan pergeseran ini segera ditangani. Pimpinan tertinggi perlu bertemu serta duduk berbincang.

“Semoga PR kembali kuat dalam menggalas harapan sebahagian besar rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Kedah, Tan Kok Yew turut mengesahkan bahawa hubungan mereka dengan Pas Kedah tiada masalah.

“Hubungan kami baik dan mesra. Cuma, soal pemutusan hubungan politik antara DAP dan Pas itu terserah kepada pimpinan pusat yang tentukan,” katanya