KESAN DARI DAP MEMBERI KATA DUA KEPADA PKR, PILIH PAS ATAU DAP, KITA TUNGGU KEPUTUSAN MESYUARAT PKR MALAM INI - Pak Karamu
Tiada lagi Pakatan Rakyat, kata DAP
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Gabungan Pakatan Rakyat yang terjalin sejak 2008 kini sudah tidak wujud lagi, umum Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Guan Eng dalam satu kenyataan media berkata, parti itu menerima keputusan Pas yang meluluskan usul memutuskan hubungannya dengan DAP sekali gus berkata, Pakatan Rakyat kini sudah terbubar.
“Oleh kerana Pakatan Rakyat dibentuk oleh muafakat tiga parti serta terikat dengan rangka dasar bersama, usul muktamar Pas secara berkesan telah menamatkan Pakatan Rakyat.
“Pakatan Rakyat justeru tidak lagi wujud,” ujarnya.
Menurut Guan Eng, perkara itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat CEC DAP semalam.
“Pelanggaran janji yang dibuat sendiri oleh Abdul Hadi dalam Pakatan Rakyat iaitu pada Majlis Pimpinan pada 10 Februari bagi membincangkan undang-undang hudud yang dicadangkan oleh Pas dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat di Majlis Pimpinan sebelum dibentangkan kepada Dewan Undangan Negeri Kelantan dilanggar oleh Abdul Hadi.
“… diikuti dengan keputusan bersejarah pada 6 Jun 2015, apabila Muktamar Pas.... pihak berkuasa tertinggi parti, memutuskan untuk menerima usul putus dengan DAP tanpa dibahaskan," tambahnya lagi dalam kenyataan media sama.
Katanya lagi, DAP bagaimanapun akan terus bekerjasama dengan PKR dan semua kuasa-kuasa lain dalam memastikan tampuk pemerintahan negara bertukar tangan.
Sementara itu, PKR dalam respon terhadap kenyataan itu berkata, PKR akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan pendirian parti itu.
Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata , pimpinan PKR di semua peringkat tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah pendirian parti mengenai perkara ini dimuktamadkan.

3 orang berkata:
Napa guan eng yang isytihar pr dah mati?
Adakah beliau ketua pr?
Tadak yang bising pula nila cina buat keputusan sebelum mesyuarat.
Kalau datang dari haji hadi ,kiamat gamaknya.
Lihatlah permainan politik cina Dap. Setelah berjaya meng DAP beberapa ahli ahli pas,akhirnya menyrrang pas dengan sokongan ahli pas sendiri.
Kini matlamat akhir DAP sudah hampir. Dengan alasan tidak sebulu dengan pas akhirnya diistihar pr telah mati.
apa implikasinya.
Kerajaan selangor bukan lagi kerajaan PR ,tapi kerajaan PKR. Kerajaan yang sangat rapoh. Dap akan menekan azmin supaya supaya menghalau pas dari kerajaan pkr. Akhir nya. Kerusi cina akan melebihi kerusi melayu dalam kerajaan selangor.
Maka azmin akan jadi lembu cina dap.
sanggopkah melayu selangor dudok bawah kuasa cina?
Adakah KDYMM al Sultan sedia terima keadaan ini?
Pas di hina dan dicaci dulu. Tapi pas tak akan jual kuasa melayu kepada kapir. Tapi kini sanggopkah melayu PKr menjual selangor kepada cina DAP?
Buat PRN Selangor semula itu yg terbaik
Itulah parti DAP kalau belum betul2 kenal. Baru perintah 1 negeri P.Pinang, belum lagi perintah Malaysia. Tak kira anda ahli parti politik mana, Melayu kena celik mata luas2.
Post a Comment