Sepatutnya PAS apabila terkesan ada golongan yang mahu merosakkan partinya maka PAS perlu memecatnya lebih awal sebelum kerosakan pada parti itu merebak. Jika dalam sejarah Abdullah bin Ubai di zaman nabi membiarkannya terus bapa munafik ini terus bersama umat islam akan tetapi resiko dizaman nabi jika dibandingkan pada zaman sekarang adalah berbeza, kerana zaman sekarang perjuangan PAS diserang dari berbagai penjuru
Sejarah mungkin akan berulang, akan tetapi kesan sejarah itu jangan sampai PAS banyak sangat menanggung resiko, kerana setiap resiko itu terpaksa ditangani dengan banyak masa terbuang, pada hal masa yang terbuang tersebut dapat dimenefa'atkan untuk faedah parti dan tugas lain. PAS boleh melayan sebarang kerenah dari berbagai-bagai penjuru selagi ia tidak bercanggah dengan dasar -Pak Kaeamu
Ahli Pasma wajar tinggalkan Pas
KUALA TERENGGANU - Keputusan pimpinan Persatuan Ummah Sejahtera
Malaysia (Pasma) untuk membentuk parti baharu dan keputusan ahli-ahlinya
untuk meninggalkan Pas adalah dialu-alukan.
Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Terengganu, Ariffin Deraman
menggambarkan, tindakan tersebut wajar berbanding sikap pihak terlibat
yang boleh memburukkan dalaman Pas.
Beliau berkata, pihaknya tidak takut dan bimbang dengan saingan yang
akan berlaku kerana parti-parti serpihan Pas sebelum ini tidak mampu
bertahan lama dalam politik negara.
“Kita rasa tiada pengikut, tetapi saya tidak nafilah tiada langsung, cuma di peringkat akar umbi tiada.
“Tidak sebagaimana Pas yang sudah kukuh di peringkat bawah. Jadi, pihak
yang hendak buat parti baru itu perlu mempunyai matlamat perjuangannya
sendiri. Macam Pas, Islam; BN, nasionalis; DAP sosialis; parti baru ini
pula ideologi apa,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Dalam laporan Sinar Harian kelmarin, Pasma mengumumkan akan
menggerakkan satu usaha bagi membolehkan sebuah parti baharu ditubuhkan
bagi menggantikan Pas dalam PR.
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, pada dasarnya PR sudah
terkubur, oleh itu satu parti baharu perlu ditubuhkan bagi menghidupkan
semula PR.
Parti baharu itu juga dijangka diumumkan selepas hari raya Aidilfitri
dan selepas satu jawatankuasa peneraju mengadakan pertemuan serta
perbincangan sepanjang bulan puasa ini.
Mengulas lanjut, Ariffin yang juga Adun Alor Limbat memberitahu, semua
parti serpihan yang dibuat sebelum ini adalah hasil daripada
ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Pas.
Bagaimanapun katanya, jika idea itu lahir daripada perasaan tersebut, parti berkenaan tidak akan bertahan lama.
“Kita rasa jangka hayat tidak panjang. Kalau dia anggap untuk buat parti baru ini untuk selamat PR, kita bersama PR.
“Keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP belum pun diputuskan lagi dan kita masih dalam PR,” katanya.
Ariffin Deraman


2 orang berkata:
Pas bukan Islam. Islam bukan Pas. Pas mempermainkan agama Islam utk politik.
Pas bukan Islam. Islam bukan Pas. Pas mempermainkan agama Islam utk politik.
Post a Comment