Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DALAM SEJARAH ISLAM ADA GOLONGAN MUNAFIK

Sepatutnya PAS apabila terkesan ada golongan yang mahu merosakkan partinya maka PAS perlu memecatnya lebih awal sebelum kerosakan pada parti itu merebak. Jika dalam sejarah Abdullah bin Ubai di zaman nabi membiarkannya terus bapa munafik ini terus bersama umat islam akan tetapi resiko dizaman nabi jika dibandingkan pada zaman sekarang adalah berbeza, kerana zaman sekarang perjuangan PAS diserang dari berbagai penjuru 
                       
Sejarah mungkin akan berulang, akan tetapi kesan sejarah itu jangan sampai PAS banyak sangat menanggung resiko, kerana setiap resiko itu terpaksa ditangani dengan banyak masa terbuang, pada hal masa yang terbuang tersebut dapat dimenefa'atkan untuk faedah parti dan tugas lain.  PAS  boleh melayan  sebarang kerenah dari berbagai-bagai penjuru selagi ia tidak  bercanggah dengan dasar -Pak Kaeamu

Ahli Pasma wajar tinggalkan Pas





  • Ariffin Deraman Ariffin Deraman
1 / 1

KUALA TERENGGANU - Keputusan pimpinan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) untuk membentuk parti baharu dan keputusan ahli-ahlinya untuk meninggalkan Pas adalah dialu-alukan.
 

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Terengganu, Ariffin Deraman menggambarkan, tindakan tersebut wajar berbanding sikap pihak terlibat yang boleh memburukkan dalaman Pas.
 

Beliau berkata, pihaknya tidak takut dan bimbang dengan saingan yang akan berlaku kerana parti-parti serpihan Pas sebelum ini tidak mampu bertahan lama dalam politik negara.

“Kita rasa tiada pengikut, tetapi saya tidak nafilah tiada langsung, cuma di peringkat akar umbi tiada.
 

“Tidak sebagaimana Pas yang sudah kukuh di peringkat bawah. Jadi, pihak yang hendak buat parti baru itu perlu mempunyai matlamat perjuangannya sendiri. Macam Pas, Islam; BN, nasionalis; DAP sosialis; parti baru ini pula ideologi apa,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
 

Dalam laporan Sinar Harian kelmarin, Pasma mengumumkan akan menggerakkan satu usaha bagi membolehkan sebuah parti baharu ditubuhkan bagi menggantikan Pas dalam PR.
 

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, pada dasarnya PR sudah terkubur, oleh itu satu parti baharu perlu ditubuhkan bagi menghidupkan semula PR.
 

Parti baharu itu juga dijangka diumumkan selepas hari raya Aidilfitri dan selepas satu jawatankuasa peneraju mengadakan pertemuan serta perbincangan sepanjang bulan puasa ini.
 

Mengulas lanjut, Ariffin yang juga Adun Alor Limbat memberitahu, semua parti serpihan yang dibuat sebelum ini adalah hasil daripada ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan Pas.
 

Bagaimanapun katanya, jika idea itu lahir daripada perasaan tersebut, parti berkenaan tidak akan bertahan lama.
 

“Kita rasa jangka hayat tidak panjang. Kalau dia anggap untuk buat parti baru ini untuk selamat PR, kita bersama PR.
 

“Keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP belum pun diputuskan lagi dan kita masih dalam PR,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Pas bukan Islam. Islam bukan Pas. Pas mempermainkan agama Islam utk politik.

Anonymous said...

Pas bukan Islam. Islam bukan Pas. Pas mempermainkan agama Islam utk politik.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.