DAP dan PKR tidak faham prosedur sesuatu usul dalam PAS, sehubungan itu kedua-dua parti itu disaran agar tidak masuk campur. Itu penegasan daripada Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Nik Salleh.
"Dia (PKR dan DAP) tak faham. Mereka tak payah nak campur masalah dalaman PAS, kita nak bawa ke mana-mana ikut pandai kitalah," katanya kepada Antarapos.
DAP dan PKR
mengambil ketetapan bahawa 'usul putus hubungan dengan DAP' yang
diluluskan Muktamar PAS sudah berkuatkuasa dan tidak perlu dibawa kepada
Majlis Syura Ulama.
Ini kerana
dakwa dua parti itu usul berkenaan sudahpun diluluskan oleh badan
pembuat keputusan tertinggi dalam PAS justeru tiada keperluan untuk
dibincang Majlis Syura Ulama lagi.
Ketika
ditanya oleh wakil media mengenai kedudukan PAS bersama Pakatan setakat
ini, ujar Nik Zawawi parti itu masih anggota Pakatan.
"Kita masih biasa lagi, kita tak ada apa-apa keputusan. PAS ni berpegang pada prinsip agama, sekiranya agama masih membenarkan kita berada dalam Pakatan maka kita kekal dalam Pakatan.
"Kalau agama dari segi hukumnya kata Tahaluf Siyasi batal, kita akan keluar daripada Pakatan. Ia berasaskan kepada hukum," jelasnya.
Namun
sekiranya perkara sebaliknya berlaku meskipun hubungan yang terjalin
antara ketiga-tiga komponen ini berjalan dengan baik tetapi tidak
mengikut lunas-lunas agama, maka ia akan terbatal.
"Sekiranya hukum memutuskan untuk kita putus maka kita putuslah. PAS ni perjuangan Islam dan akan ikut lunas-lunas yang digariskan dalam agama Islam.
"Kalau Tahaluf Siyasi ini syarat-syarat masih kekal, walaupun sukar kita akan tetap dalam Pakatan. Sekiranya syarat-syarat dan peraturan itu terbubar/terbatal maka walaupun tiada masalah kita akan keluar," katanya.
Nik Zawawi
berkata, tarikh untuk Majlis Syura Ulama bersidang bagi membincangkan
perihal usul putus hubungan itu sudah ditetapkan, namun ia masih
dirahsiakan. Bagaimanapun ia akan dimaklumkan kepada umum apabila tiba waktunya.



13 orang berkata:
tak guna mengamuk sekarang ni.buat malu jeorang semua dah balik kampung,kalau melalak sorang2 diri maknaya dah jadi mabuk pil kuda,kau pun Pakkarmu jaga sikit ,kau pun hamir dah nah jadi hai.
tak da siapa pun yang nak menyibuk dalam Pas ,sekarang ni orang kisahkan mengapa penjawat dalam kerajaan selangor dan P pinaang dar kalangan Pas taknak letak jawatang,Kau.Nik Zawawi cepat arahkan oarang kau letak jawatang terutama Exco negeri Serlangor tu.tak malu muka.
Napa? Kerajaan selangor tu kerajaan DAP ke? Atau memang azmin hanya tok pekong DAP. Pr yang memerintah selangor dan p.pinang. pas hanya putus hubongan dengan DAP. Bukan dengan PKR dan masih dalam PR. PR bukan cina Dap punya bukan hak PKR atau Pas.
Siapa perentah selangor?
Pas . 13
Bebas 2
Dap. 15
Pkr. 13.
Kau tahu tak dalam PKR ada berapa Adun cina. Cuba campor berapa adun cina dalam kerajaan selangor.
Kalau Pas ditwndanh keluar, berapa adun melayu tinggal dalam kerajaan selangor?
Apa kata jika sekiranya adun bebas join Dap? Dap boleh tuntut kerusi MB selangor kerana dah ada calon MB melayu. Akhirnya selangor akan jadi negeri DAP.
Itu yang kamu mahukan? Ya.mungkin kamu bukan melayu. Tetapi cina menyamar melayu.
Pecahan adun selangor dalam kerajaan selangor.
Dap. 15
Pkr. 13
Pas 13
Bebas. 3.
Cina. DAP 15, PKR 3. JUM.18
MELAYU. PKR 10 PAS 13. JUM.23.
TENDANG KELUAR PAS.
CINA 18 , MELAYU 10.JUM.28.
BEBAS ASAL PASAL JOIN DAP.
APA AKAN JADI?
yg kena letak jawatan tu atas lantikan politik PR. sendiri mau ingatlah. Takkan parti ahli2 syurga nak makan gaji haram kerajaan kafir DAP dan PKR? Gila duit dan jawatan rupanya ulamak2 parti ajaran sesat ni
Kalau begitu penang kerajaan DAP dan Selangor Kerajaan PKR? Kalau benar begitu saya setuju Lantikan politik Pas kena letak jawatan. Begitu juga eksco Pas di selangor.
Adun pas diselangor juga perlu dudok di barisan pembangkang.jila PR sudah tidak ujud.
Hooray. Cina DAP akan perentah selangor
Syabas kpd. Melayu pwnjilat cina.
Sila baca tulisan arif sabri dalam blognya
7 june 2014. Wajah sebenar DAP
Arif sabri adalah ahli DAP
YB dan MP dipilih oleh rakyat semasa PRU. Yg diminta letak jawatan adalah lantikan politik spt ahli2 exco negeri, jawatan tertinggi badan2 tertentu dlm kerajaan negeri.
Mrk akan digantikan dgn calon2 baru juga org Melayu bkn dari Pas. Di negeri2 yg ada sultan atau raja melayu tidak akan membenar non muslim jd MB atau PM mengikut perlembagaan Msia. Knp takut dgn bayang2 sendiri?
Solusi terbaik adakan semula PRN di Selangor..Pas bergerak sendiri ikut usul muktamar.
Dap dah ada calon mb melayu di selangor. Wira Dap dari Pas. Dah lupa kah. Dap sedia trrima mereka. Apa ,tak boleh shaari sungip jadi MB ? Ini bukan bayang bayang. Ini tak mustahil berlaku.
Saya setuju. PRN.selangor adalah terbaik. Supaya akan jelas. Siapa yang bergantong kepada siapa. DAP Kata ,pas menang kerana cina ,pas kata Dap menang kerana melayu , pkr kata kedua dua menang kerana pkr.
Prn. Selesai masaalah.
Lim guam eng baru isytihar bahwa PR telah tidak ujud lagi. Kesan yang menarik ialah diselangor.
Apa kata azmin. Pkr ingin terus memerintah selangor, pkr terpaksa membentok kerajaan camporam dengan DAP.
PKR. 13. DAP 15, bebas 2. Selesa untok sebuah kerajaan. Tapi adakah selsesa untok kuasa melayu. Adun cina 18 adun melayu. 12? Siapa alan pegang tali hidong nanti¿
Pengumuman guan eng itu sebenar ingin memberi tekanan kepada azmin ali.
Sanggopkah azmin ali jadi lembu DAP? Mampukah azmin melawan DAP?
Tak mungkinkah DAP akan tuntut kerusi MB dengan menama kan adun melayu sebagai calon MB nya?
Hanya melayu selangor sahaja yang perlu
jawab kemelut ini.
Anom.9.18. Kalau melayu islam tolong beri pwncerahan.
Saya tak faham knp org Melayu yg otaknya sempit selalu takut dgn momokan DAP itu ini.. Dlm DAP ada ramai Melayu dan bangsa lain berpendidikan tinggi dan berprinsip bukan spt MCA, MIC, parti2 bukan bumiputera Sabah Sarawak. DAP dah ada Penang saya yakin mrk akan hormat kerajaan PKR di Selangor. Pas itu sudah jd virus..akan berkomplot dgn Umno utk buat kacau menggagalkan usaha rakyat utk buat perubahan dlm PRU akan dtg.
Kita ada Agung, Raja2 Melayu, PDRM, SPRM, hampir kesemua badan kerajaan diterajui org Melayu. DAP hanya parti politik yg terikat dgn undang2 serta perlembagaan Msia. Kalau halatuju pentadbiran Selangor di bawah PKR dan DAP berjalandgn lancar, apa masalahnya? Yg untung rakyat negeri Selangor.
Jadilah org Melayu yg berani berubah dan celik politik. Nasib kita ditentukan oleh diri sendiri bkn mana2 parti politik. Mrk dipilih utk laksanakan amanah rakyat. Umno dan BN sudah gagal selama 57tahun.
Pas boleh terus jd badan dakwah gerakan Islam sbb ulamak2nya tak berminat utk ke Putrajaya atau memegang tampuk pemerintahan negara.
Tanpa Umno, Melayu tetap hidup dan takkan hilang di dunia.
Tanpa Pas, Islam tetap tertegak dan berkembang.
Bahana Langkah Kajang utk singkir TSKI.
Post a Comment