DAP Johor tolak kerjasama Pas negeri
SHAH ALAM - DAP Johor menolak hasrat Pesuruhjaya Pas negeri itu, Datuk
Dr Mahfodz Mohamad untuk meneruskan kerjasama mereka sebagai rakan
sekutu dalam PR.
Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata selepas Muktamar Pas Pusat menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama Pas Pusat untuk memutuskan hubungan dengan DAP, beliau merasakan tiada lagi ruang untuk bekerjasama antara dua parti itu.
"Disebabkan Mahfodz merupakan pencadang usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP, saya tidak nampak ruang kerjasama antara DAP dan Pas Johor.
"Oleh itu, saya kira bahawa kenyataan Mahfodz yang tiba-tiba ingin meneruskan hubungan dengan DAP ialah kenyataan yang kurang integriti," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam Mahfodz menyatakan hasrat untuk bertemu dengan kepimpinan DAP di negeri itu bagi "mengeratkan kembali" hubungan serta membawa kembali keharmonian antara parti-parti dalam pakatan pembangkang itu.
Dalam pada itu, Chin Tong selaku Ahli Parlimen Kluang juga berkata, dalam soal hubungan politik itu, DAP Johor perlu akur kepada keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).
Tambah beliau, keputusan muktamar parti itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP sudah menjadi langkah pertama untuk 'membunuh' kerjasama politik itu.
“Tanpa dasar bersama, harapan untuk melawan Umno dalam pilihan raya akan datang hanya dapat dicapai dengan rombakan semula bagi membentuk gabungan politik baru yang mempunyai agenda yang jelas," katanya lagi.

8 orang berkata:
ha pakkaramu, bg lh idea utk pulihkan hubungan dengan DAP, kalau anda tak nyanyuk atau gilakan, jgn tau nak kondem je,
Buat masa sekarang parti yang ahlinya majoriti non-muslim seperti DAP adalah jauh lebih berkredibiliti dan tinggi nilai kepercayaan dan prinsipnya dari PAS. Jika dilihat dan diteliti dari sumber dan senario sekarang ini maka bolehlah dikatakan bahawa PAS tidak layak langsung menggunakan nama Islam sebagai logo parti meraka atas sifat pemimpin mereka yang berperangai lebih teruk dari kaum "kafir" dan langsung tidak boleh dipercayai serta diberi kepercayaan dan amanah untuk memerintah negeri atau negara. Para pemimpin PAS yang bergelar Ulama pasca TGNA adalah yang sebenarnya yang meruntuhkan dan memburukkan kesucian Islam di negara ini.
Habis tu pkr dgn dap yang terang2 tolak hudud bagus la bagi kamu??dap tu tolak hudud mungkin lojik akal jgk sebabnya mereka kafir tapi mereka banggang dan bodoh sebab PAS dh terang berkali2 bahawa hudud hanya untuk islam tapi tak faham2 jgk...berkenaan parti pkr mungkin sedara dh sedia maklum bahawa presidennya iaitu wan azizah telah melarang ahli parlimen pkr dan adun pkr kelantan jangan menyokong hudud..pendapat saya semasa TGNA masih ada suasana politik tak sama dengan sekarang..jikalau beliau masih hidup saya pasti beliau pun setuju dengan keputusan muktamar dan presiden PAS
Bob..
Bila agaknya Tuang Presideng parti Islam nak bentang RUU di Parlimen yg nak hampir selesai nih? Tak sabar pulak rasanya nak tgk hudud dilaksanakan. Umno pun dah sokong apa nak takut dgn DAP tak setuju. kan?
Agung, Peguam Negara, MT Umno, PM semuanya Islam dan Melayu takdak DAP pun. Knp Presiden dok menyepi diri pulak skrg..heboh seantero dunia dikatakan Umno dah setuju dgn hudud Pas.
ker dah kena tipu lagi? hahahaa
Sekurang2 TGHH berani tegakkan hukum hudud iaitu dimalaysia...kita sebagai umat islam patut menyokong usaha murni pas kelantan...tidak timbul ug yg korang dok canang tu..mengapa royalti boleh bincang dgn kerajaan pusat kenapa tidak dgn hudud??sblm TGHH jd presiden lg hudud dh pernah dibentang oleh TGNA..
Bentang la dalam parlimen dl nk tgk sapa sokong sapa tak sokong
Berani temberang adalah. Hadi sendiri tak takin utk jayakan hudud.. Dgn akhlak buruk Hadi sbg pejuang hudud, Islam akan dipandang rendah oleh agama lain.
Kelantan negeri melayu paling miskin tapi sibuk nak buat hudud. Gelaran serambi Mekah tapi gejala sosial paling tinggi. Pas memerintah atas dasar Islam selama lebih 20thn. Adakah tarbiah dan kuliah2 agama Pas gagal selama ini? Sila jelaskan knp ini berlaku. Jika hudud di buat oleh Pas adakah akan berjaya atau jd bhn fitnah lg ditertawakan?
Hadi jd MB terengganu sepenggal pun gagal. suka ponteng mesyuarat dan sidang parlimen. Elaun yg dpt tu halal ke bila tanggungjawap gagal. Org mcm ni boleh ke laksanakan hukum Allah dgn adil? Jgn tipu diri sendirilah.
Bila Hadi nak bentang RUU dlm parlimen? Ckp berdegar2 tapi tin kosong rupanya.
Post a Comment