A Samad sertai DAP bagi kesan pada parti Islam
KOTA BHARU - Tindakan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyertai
DAP memberi tamparan hebat buat parti Melayu-Islam di negara ini
khususnya Pas, PKR dan Umno, sekali gus menjadikan beliau aset penting
parti itu.
Timbalan Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara
Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, umum mengetahui selepas
PRU13, DAP berusaha bersungguh- sungguh menarik sokongan orang Melayu
untuk dijadikan ikon kepada masyarakat Melayu yang lain.
“Bagaimanapun, selepas Tunku Aziz Tunku Ibrahim keluar DAP, parti itu
dilihat lebih berjaya menarik sokongan golongan muda Melayu berbanding
lebih berusia.
“Apabila Pak Samad (A Samad Said) menyertai DAP, Sabtu lalu, ia
memberikan satu kelebihan politik yang agak besar kepada usaha parti itu
memperluaskan pengaruhnya dalam kalangan masyarakat Melayu, lebih-lebih
lagi dengan pengaruh beliau sebagai Sasterawan Negara,” katanya.
Kamarul yang juga penganalisis politik, mengulas tindakan A Samad menyertai DAP di Gua Musang, Sabtu lalu.
Beliau berkata, penyertaan A Samad dalam DAP seharusnya buka mata
pemimpin parti Melayu- Islam di negara ini untuk melihat dan mengkaji
kelebihan yang ada pada parti itu sehingga berjaya menarik perhatian
penulis puisi itu.
“Pak Samad sering berpuasa sunat dan kerap menghabiskan masa di masjid
untuk beribadat, tetapi bagaimana beliau boleh tertarik untuk menyertai
DAP yang perlembagaannya jelas menyebut tentang matlamat mereka untuk
‘mengesah dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja
sekular yang asal’, "katanya.
Dalam pada itu, Dr Kamarul berkata, beliau secara peribadi tidak begitu
terkejut dengan tindakan A Samad menyertai DAP kerana sebelum ini
beliau aktif menyertai program melibatkan DAP atau badan bukan kerajaan
(NGO) tertentu.
“Pak Samad bukan hanya menyertai program malah turut memainkan peranan
aktif dengan memegang jawatan penting dalam beberapa persatuan yang
turut melibatkan DAP sebelum ini,” katanya.
Malah menurutnya, Pak Samad juga pernah mewar-warkan kepada media
tentang kekaguman beliau kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, selain pemimpin DAP lain yang
disifatkan bersih dan tekun bekerja.
“Berita penyertaan beliau dalam DAP bukan sesuatu mengejutkan, malah
sudah boleh dijangka, bagaimanapun apa yang lebih mengejutkan apabila
pengumuman itu dibuat ketika DAP dan Pas sedang berantakan dan
kemungkinan bakal membawa haluan masing-masing,” katanya.
Menurutnya, tindakan mengumumkan perkara itu di kubu kuat Pas,
Kelantan, pula seolah-olah cuba memberi isyarat kepada parti itu bahawa
DAP masih mampu meraih sokongan Melayu meskipun tanpa sokongan Pas.
“Bagi saya, tindakan Pak Samad perlu dihormati selaras dengan kebebasan
berpersatuan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, namun apabila
beliau bersikap partisan hasil karya seni beliau selepas ini mungkin
dianggap akan berpihak kepada pihak tertentu dan gagal diterima pihak
lain," katanya.


5 orang berkata:
Laa..nak pertikaikan akidah org pulak penyokong taksub parti ajaran sesat ni.
Pas, Umno, PKR, DAP bukan agamalah. Adoyaii sesat betul..
Rukun Iman dan Rukun Islam takdak sebut kena beriman dgn parti politik melayu atau islam. Melainkan ajaran sesat Pas tuan guru ayah Hadi ping.
kemana mangkok ni nak pergi..? Pas ? Pkr ? Umno..? apa jawatan yg nak di bagi.. Yang nak terima hampas & ikhsan jawatan ni DAP jee.
Mu ni ngaji tahap mana sampai melebelkan parti yang berjuang untuk menegakkan hukum allah kamu kata ajaran sesat nanti kalau kamu mati baru kamu minta dengan allah supaya dihidupkan kembali supaya nak berjuang menegakkan hukum allah.masa tu jng mimpilah.allah sebut dalam alquran.
Saudara Zainudin,
Sesatlah bila jemaah disuruh wala' membuta tuli pd manusia mcm Hj Hadi dan ulamak2 munafik dlm Pas. Itu dah kira mensyirikkan Allah. Dosa besar yg tak diampun oleh Allah. Penyokong2 sgt taksub pd Hadi seolah2 dia maksum. Itu bkn sesat namanya?
Pas bukan Islam. Islam bukan Pas. Pas mempermainkan agama Islam utk politik.
Bila Hj Hadi nak bentang RUU dlm Parlimen? Knp selalu ponteng sidang parlimen? Tak tau ker elaun MP Marang boleh jd haram krn tak amanah dlm tugas. Bukan saya kata, ajaran Islam sebenar mengatakan demikian.
Post a Comment