PKR: Keputusan mesyuarat diumum masa sesuai
Oleh: NAZLI IBRAHIM
Ketika ditanya keputusan mesyuarat malam ini sebagai positif, beliau hanya meminta pihak media menunggu kenyataan media dikeluarkan PKR.
PETALING JAYA, 17 JUN: Keputusan mesyuarat PKR bakal diumumkan pada
masa sesuai kerana ada beberapa perkara memerlukan rundingan lanjut
dengan pihak terlibat.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, namun beliau bagaimanapun
tidak memberitahu pihak mana yang terlibat dengan rundingan itu.
“Kita bermesyuarat panjang dan kita dah ada keputusan (tetapi) cuma
ada beberapa yang perlu dibincangkan dan dirundingkan sedikit lagi.
“Parti
keluarkan kenyataan dalam dalam masa difikirkan sesuai dan yang lain
itu semua dalam ilmu Allah,” kata Rafizi kepada media selepas menghadiri
mesyuarat di Ibu Pejabat PKR di sini, malam tadi.
Ketika ditanya keputusan mesyuarat malam ini sebagai positif, beliau hanya meminta pihak media menunggu kenyataan media dikeluarkan PKR.
“Kami semua (keluar mesyuarat dengan) senyum. Tunggu kenyataan,” kata beliau lagi.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin pula
ketika menjawab sama ada PKR terus menjalin hubungan dengan DAP dan PAS,
beliau berkata PKR komited terhadap mandat yang diberikan rakyat.
“Kita kawan dengan rakyat. Positif dengan mandat yang diberikan rakyat,” kata beliau.
Turut kelihatan dalam mesyuarat malam ini, Presiden PKR, Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar, R Surendran;
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dan beberapa orang lagi.
Wan Azizah yang turun bersama Nurul Izzah bagaimanapun enggan memberi sebarang kenyataan.
Mesyuarat yang berakhir kira-kira jam 12.05 malam tadi diadakan
berikutan kenyataan DAP yang mendakwa Pakatan Rakyat (Pakatan)
dibubarkan.
EZY



3 orang berkata:
Risau tak ada adun yang lompat keluar parti. Paling senang masuk umno. Dah tentu boleh kaya. Next election PKR tak kemana dah.
Setuju. Pas ,umno bebas!=28. Jrmput 2 orang dari pkr. Tertegak semula kerajaan melayu di selangor
hahaha..angan2 mat jenin. Rakyat dah meluat tgk umno. Pas pulak nak join sekali. eloklah Pas dah gali kubur tanam sendiri.
Woi ini zaman internetlah. Hadi kena tipu dgn Najib sekejap je rakyat tahu. Jgn nak main emosi rakyat terutama org melayu mcm zaman pak kaduk dulu.
Post a Comment