Majlis Syura Ulama kena tegas
JOHOR BAHRU - Majlis Syura Ulama digesa tampil lebih berani bagi
mengambil ketetapan tegas membatalkan kerjasama politik bersama DAP
secara rasmi.
Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Sekijang, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, usul tergempar yang diluluskan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat telah mengemukakan Sembilan hujah syarie yang kukuh agar hubungan berkenaan dibatalkan.“Amat penting untuk Majlis Syura Ulama mengambil ketetapan yang tegas dan tidak ‘liuk-lentok’ seperti sebahagian ahli jawatankuasa (AJK) Pas Pusat sebelum ini.
“Ketegasan prinsip menjadi cerminan keberanian Pas dan Majlis Syura Ulama perlu tampil berani mencapai keputusan rasmi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Katanya, usul yang dibentangkan telah memberikan alasan yang relevan dan tepat untuk membatalkan hubungan dengan parti berkenaan sehubungan itu ketetapan segera perlu diambil bagi membela maruah Pas yang diperkecil. “Jika dilihat hujah yang diketengahkan dalam Muktamar Dewan Ulama ternyata para ulama telah memberikan sebab yang tuntas mengikut penilaian mereka jadi tidak perlu meninjau lebih jauh lagi.
“Antara salah satu hujah itu termasuk tindakan DAP sebagai rakan kerjasama dalam Pakatan Rakyat telah memutuskan hubungan dengan Presiden Pas sendiri,” katanya.
Shazni Munir berkata, pendirian Majlis Syura Ulama yang masih berlembut dan menunjukkan toleransi terhadap DAP tidak jauh berbeza dengan pemimpin pro-DAP yang telah disingkirkan.
“Selaku pemelihara dasar parti, pastinya penghinaan sebegini tidak boleh diterima oleh ahli apatah lagi ilmuwan dalam Majlis Syura Ulama.
“Jika Majlis Syura Ulama masih berlembut setelah sekian banyak menerima penghinaan, apa bezanya dengan pemimpin pro-DAP yang telah disingkir,” katanya. Sementara itu, Pas Kawasan Muar juga berpendirian sama dan menyifatkan tidak salah sekiranya Majlis Syura Ulama bertegas.
Adun Maharani, Dr Mohamad Taslim berkata, tidak salah parti itu menyatakan pendirian tegas seperti ini kerana menjaga maruah Pas yang semakin tercalar dengan kritikan terbuka dibuat DAP terhadap presiden parti ini.
“Bukan sesuatu yang pelik jika ia berlaku (putus hubungan dengan DAP), sebagai contoh DAP Sabah terlebih dahulu memutuskan hubungan bekerjasama dengan Pas di negeri tersebut kerana tidak berpuas hati dengan ketegasan Parti Islam itu mahu meneruskan pelaksanaan hudud di negara ini,”katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, banyak kenyataan yang dibuat oleh pemimpin tertinggi DAP terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abd Hadi Awang telah mengguris hati ahli-ahli Pas.

“Tindakan mereka itu langsung tidak menghormati parti ini dan bagaimana mahu terus bekerjasama?.
“Parti ini akan terus berada dalam kelompok Pakatan dan akan terus menjalinkan bekerjasama dengan rakan sekutu lain iaitu PKR tetapi bukan DAP,," katanya.
Dr Mohamad berkata, Pas Muar akan akur dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama untuk memutuskan hubungan dengan Dap itu.
Katanya, buat masa ini keputusan tersebut masih belum dibuat oleh badan tertinggi pasti itu yang dipimpin oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.
Selain itu, beliau berkata, ahli-ahli Pas turut berpuas hati apabila golongan pro ulama dipilih menerajui kepimpinan parti itu bagi tahun 2015-2017 dalam muktamar tersebut.
Katanya, kemenangan tersebut adalah daripada kehendak akar umbi yang diwakili perwakilan bagi setiap kawasan dalam muktamar tersebut yang mahu barisan kepimpinan peringkat pusat daripada golongan ulama.

3 orang berkata:
Setuju. Sekiranya pimpinan peringkat pusat masih bermain tarik tali, PAS akan lebih teruk dihina. Apakah jika PAS perpatah arang dgn DAP bermakna PAS akan berkubur ke? Jgn mengharap kpd yg tidak ikhlas kerana perjalanan PAS (Hudud) yg tidak melibatkan dasar DAP pun mereka tentang habis2an. Persepakatan apa namanya tu. Itu belum lagi kalau PAS bangkang ketetapan parti mereka.
Pas keluar pakatankan senang..take nak hujah Sana hujah sink..
lu punye presideng bukan dihina
tapi ditegur sbb ponteng kelas memanjang...ponteng sekolah selalu ..macam.mana jadi presideng tapi tak de setia kawang
tuula....matlamat busuk utk cpai yg baik
Allah buraikan tgh jalan...
tuang presideng balik jala ikan je la
Post a Comment