'Jangan putar belit usul Dewan Ulama'
-
Dewan Ulama Pas memuat naik usul asal mengenai keputusan Muktamar Pas yang diputuskan baru-baru ini.
SHAH ALAM - Pas mempersoalkan tindakan pihak yang memutarbelitkan usul
Dewan Ulama Pas Pusat yang mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan
Jawatankuasa Pas Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP
dibatalkan tetapi terus berada dalam PR.
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kelmarin media sosial rasmi Facebook, Dewan Ulama Pas Pusat telah memuat naik usul pada Muktamar Pas lalu, bertujuan menjelaskan kekeliruan yang timbul akibat usul tersebut.
“Para akhir usul tersebut menyebut, maka Muktamar Dewan Ulama Pas kali ke-54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Pas Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan Pas terus kekal dalam PR.
“Inilah usul Dewan Ulama. Ia tidak menuntut muktamar memutuskan hubungan tetapi mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Pusat untuk membuat keputusan tersebut. Keputusan belum dibuat,” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata, ada pihak membelakangkan keputusan muktamar dengan mengumumkan perkara yang tidak diputuskan.
“Mereka mengatakan muktamar memutuskan hubungan dan perlu dipatuhi. Ada yang menghuraikan panjang lebar tentang Perlembagaan Pas tetapi usul yang mereka fahami bukan usul yang diluluskan muktamar,” jelasnya.
Katanya, pihak berkenaan perlu dimaafkan jika mereka benar-benar tidak faham serta jelas mengenai usul berkenaan.
“Saya harap usul asal Dewan Ulama yang dimuatkan ke dalam Facebook mereka dapat menjelaskan perkara ini,” katanya.

2 orang berkata:
Mungkin ramai yang tak faham dengan istilah cadangan tapi mungkin lebih faham bahawa sesuatu cadangan itu sudah terima dalam muktamar atau mesyuarat agung maka terbentuklah dasar. Rujukkan Perlembagaan Perkara 7.
Tak malukah ostad2 Pas makan gaji dlm kerajaan kafir DAP laknatullah? Halalkah sumber pendapatan mrk? Lebih baik letak jawatan sblm org kata ostad2 Pas gila duit dan pangkat. Tak gitu admin?
Post a Comment