Lapan laporan polis ke atas Nazri
JOHOR BAHRU – Polis Johor mengesahkan menerima lapan laporan polis
berhubung kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri
Aziz terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ketua Polis Negeri, Datuk Rusli Ahmad berkata kesemua laporan itu direkodkan sehingga jam 9 pagi, hari ini.
“Kita terima lapan laporan polis dan siasatan mengenai perkara ini dikendalikan satu unit khas dari Bukit Aman.
“Kita akan memantau dan lihat apa yang kita boleh bantu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, hari ini.
Sementara itu, kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.
Susulan kenyataan Nazri itu, menimbulkan kemarahan rakyat khususnya di Johor yang menuntut Ahli Majlis Tertinggi Umno itu mengemukakan permohonan menarik balik kenyataan dan memohon maaf.
Nazri yang mengkritik status di laman Facebook Johor Southern Tigers oleh Tunku Ismail susulan baginda tidak terkejut apabila Najib tidak hadir ke sesi dialog #Nothing2Hide agar menjauhkan diri daripada politik jika tidak mahu "dibelasah".

0 orang berkata:
Post a Comment