Nik Abduh: Kalut sungguh DAP ni...
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hari ini
menyindir DAP, dengan mengatakan parti itu bertindak seperti perempuan.
Katanya tindakan DAP yang seolah-olah bermain tarik tarik, bukan bertindak seperti anak jantan.
“Sekali nampak macam yakin dan berani benar, tapi asyik tekan Pas
sahaja, supaya putus hubungan dengan dia. Macam tak yakin pula nak
lafaz cerai terhadap Pas.
“Saya jadi perasan DAP ini perempuan, Pas jantan la pulak. Perempuan
tak sah lafaz cerai. Tu dok minta fasakh itu.,” katanya dilaman sosial
Facebooknya.
Oleh itu, Abduh berkata adalah lebih baik DAP berterus terang dalam menyatakan hubungan parti itu dengan Pas.
“Come on la DAP.. jadilah jantan juga. Pilih, ‘be gentleman’, cool
macam Pas atau berterus terang sahaja.. tolak Pas. Jangan buat perangai
tak manis, kahwin bawa lari anak dara orang.. Tak pasal-pasal si anak
dara @ Pasma tu kena kutuk,” katanya lagi.


1 orang berkata:
KP baru buat kenyataan yang songsang nampaknya yang putuskan dalam muktamar adalah PAS tapi salahkan pula orang lain. Inikah Ketua Pemuda PAS yang beegelar 'ulama'? Beranilah dengan keputusan yang sendiri buat.
Post a Comment