Percaya jemaah tidak buat parti lain
KUALA TERENGGANU - Tiada parti baharu serpihan Pas yang akan wujud sebagaimana diuar-uarkan segelintir pihak.
Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani juga yakin bahawa ahli Pas yang dikatakan pro pakatan tidak akan mengambil langkah sedemikian.
Menurutnya, beliau percaya keseluruhan jemaah memahami erti perjuangan bersama parti itu kerana kebanyakan mereka sudah lama berjuang dengan Pas.
“Yang tidak menang (dalam muktamar) bukan bermakna berhenti perjuangan. Walaupun mereka tidak duduk di pusat tetapi mereka ada yang memegang pelbagai jawatan di peringkat Parlimen, Dun, kawasan dan cawangan.
“Mereka ini mesti beri kerjasama kepada yang telah menang dan saya rasa mereka tak akan tergerak untuk membuat parti baru. Lagipun, sebelum ini pemimpin yang kalah dengan mereka tak buat parti baru pun,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tentang ura-ura akan wujudnya parti baharu oleh kumpulan pemimpin Pas yang pro pakatan.
Azman Shapawi turut menyifatkan usaha membentuk parti baharu sebagai tindakan tidak munasabah.
Jelasnya, perbezaan pendapat yang ditimbulkan segelintir pemimpin Pas sebelum ini yang lantang mengkritik kepimpinan ulama bukan alasan untuk membuat parti baharu.
“Mereka ini faham mengenai adab berjemaah dan tak munasabah untuk mereka cipta parti baru. Kebanyakan mereka juga adalah ahli parlimen dan Adun Pas,” katanya.

1 orang berkata:
kalo ada yg buat ape bentuk hukuman keatas mereka...kafir?...murtad?
hehe
Post a Comment