Haram ambil gaji, elaun lepas sertai Harapan Baru
SHAH ALAM - Wakil rakyat Pas yang mendukung perjuangan Gerakan Harapan
Baru (Harapan Baru) haram menikmati gaji dan elaun masing-masing selepas
mereka tekad dengan keputusan itu.
Ini kerana menurut Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din, kerusi yang dimenangi oleh kesemua wakil rakyat itu adalah berdasarkan tiket parti Islam itu.
"Saya menasihatkan pihak yang berbai'ah supaya merenung sedalam-dalamnya kehendak bai'ah itu kerana mereka berbai'ah dengan ALLAH.
"Jika berlaku khianat, mereka khianat dengan ALLAH. Lebih-lebih lagi dalam bai'ah yang menyebut soal elaun dan gaji kerana ia haram dimakan jika berlaku pelanggaran bai'ah," katanya seperti dipetik menerusi laporan akhbar tempatan, hari ini.
Semalam, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yaakob mengesahkan kewujudan akuan bersumpah bai'ah talak 3 yang perlu dilafazkan setiap wakil rakyat Kelantan sekiranya menyertai parti lain.
Jelasnya, akuan tersebut diguna pakai sejak 2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Kelantan jika mahu meninggalkan parti Islam tersebut.
"Ba'iah itu memang betul. Seperti dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan Datuk Daud Muhammad. Perkara ini bukan main-main," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Daud sebelum ini berkata, mana-mana individu yang melafazkan dan melanggar sumpah dengan menyertai parti lain, maka perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah kerana lafaz talak yang diikrarkan itu adalah sah.

2 orang berkata:
Waallahi, saya suami telah memilih Dr. Marian pada pilihan raya yang lalu atas dasar sokongan saya pada pas. Tapi kini beliau tak lagi bersama pas ini beliau telah mengkhianat amanah yang diberi pada beliau untuk memperjuangkan dasar pas. Dengan ini saya mengharam undian saya pada beliau dan menuntut keadilan Allah agar rahmat hidupnya Allah tarik disebab kezaliman kepada pemberi amanah.oleh itu mari kita beramai ramai berdoa pada sujud terakhir kita memohon agar Allah membela kita yang terzalim ini. Al mandili
Tuan saya dah buat masa solat tadi dan in shaa Allah tidak akan berhenti sehingga Allah tunjukkan kebenaran
Post a Comment