Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISLAM ? TAK PERNAH BERDAULAT

BILA NAK AMAN DAN ADIL YOU CAKAP PASAL ISLAM, TAPI ISLAM TAK PERNAHPUN BERDAULAT, YOU PERLU CAKAP PASAL MELAYU LA, BUKA MATA CELIKKAN MINDA CARA JUJUR DIMANA PERGINYA ISLAM YANG DIKATAKAN HEBAT DI NEGARA INI ! - Pak Karamu
 
Kekerasan tidak akan selesaikan masalah

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Dr Asyraf
 
SHAH ALAM – Penggunaan kekerasan dalam menyelesaikan masalah tidak melambangkan akhlak Islam yang amat mementingkan keamanan.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian ketika mengulas mengenai isu pergaduhan yang terjadi antara orang Islam dan China di Plaza Low Yat di ibu kota, baru-baru ini.
 
Katanya, Islam mewajibkan umatnya dan negara Islam untuk menjaga keamanan, kemerdekaan dan perpaduan negara agar negara sentiasa stabil dan keselamatan masyarakat terjamin.
 
“Islam adalah sebuah agama keamanan sebagaimana yang diterangkan dengan jelasnya dalam banyak ayat al-Quran dan sebarang bentuk kekerasan adalah amat ditegah oleh agama.
 
“Masyarakat Islam perlu menunjukkan imej yang baik sebagai penganut sebuah agama yang damai, lebih-lebih lagi pada ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa dan bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri.,” katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam Sabtu, sekumpulan tujuh lelaki dilaporkan mengamuk di Plaza Low Yat selepas seorang rakan mereka dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.
 
Dalam kejadian itu, beberapa pekerja kedai telefon dibelasah oleh kumpulan tersebut. Mereka turut merosakkan peralatan dan barangan di dalam kedai yang menyebabkan kerugian dianggarkan RM70,000.
 
Beliau dalam pada itu turut menasihatkan masyarakat Islam untuk tidak bersikap emosional dalam isu tersebut.
 
“Orang ramai juga seharusnya tidak cuba menambahkan lagi ketegangan yang berlaku dengan menyebarkan maklumat-maklumat yang belum benar-benar sahih di media-media sosial kerana tindakan itu akan hanya memburukkan keadaan.
 
“Sewajarnya, dalam menghadapi keadaan ini, masyarakat Islam perlu bertenang dan tidak terburu-buru membuat tuduhan terhadap mana-mana pihak sebelum menerima informasi rasmi berhubung kejadian itu,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.