Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AWAT TAK HANTAR PADA KETUA PEMUDA PAS ?

GHB: Mat Sabu hantar wakil temui anak Nik Aziz
Mohamad Sabu
Mohamad Sabu - Foto Bernama
 
SHAH ALAM - Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB), Mohamad Sabu akan menghantar wakilnya bagi bertemu anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan akan menyertai gerakan itu dalam masa terdekat.

Mohamad berkata, buat masa ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung hasrat Nik Omar, anak kedua bekas Menteri Besar Kelantan itu.
  
"Kita (GHB) akan periksa dan rakan kita akan buat pengesahan dan bertemu beliau," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran GHB Selangor di sini, malam tadi.
  
Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi kononnya Nik Omar akan menyertai GHB.
  
Bagaimanapun, laporan media hari ini menyebut Nik Omar menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial berhubung perkara itu, yang timbul ekoran tersebarnya gambar beliau bersama Pengerusi GHB Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada satu majlis.

Mohamad berkata, GHB bersikap terbuka untuk menerima sesiapa sahaja termasuklah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan anggota Majlis Syura Ulama Pas. - Bernama

3 orang berkata:

XUMNO said...

Mat Dabu, hang janganlah jadi Mat Sapu pula. Dah katagih sangat nak jahanamkan Pas sampaibuat cerita lucu, tebak sini tembak sana. Silap haribulan hang nanti kata TG Hj Hadi kata nak join parti baruhang. Belum apa2 hang dah jual temberang supaya harap2 ahli pas jadi gabra. Isy, isy, ini amanah cara baru kah uang Dap ajar hang? Tektik cukup serupa, bila nak pacahkan pas sebelum muktamar dulu Dap buat onar tudah Hj Hadi dan Pas macam2. Hang dan beberapa pemimpin Pas ikut jafi barua Dap. Nampak ajaran Dap lekat sungguh jadi perangai hang sampai la ni, noh.

Anonymous said...

PAS akan pupus tak lama lagi. PARTI AJARAN SESAT pimpinan Ayoh Hadi Ping.

Anonymous said...

.... budak Ketua Pemuda PAS jemput melalui fesbuk dah cukup. Kan dia juga yg cakap... dia buat keje ikut fesbuk ja. Cakap banyak nanti berdosa. Dlm dunia... ni la satu-satu Ahli Parlimen yg tak mau berbahas dlm parlimen... takut berdosa tapi nak 'berbahas' dlm fesbuk. Ingatkan 3.85 ada dlm UMNO ja... dlm PAS pun ada... UG la kata kan...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.