SELAYANG - Kira-kira 15 buah rumah penduduk di Jalan 8,9 dan 11,
Selayang Pandang di sini dinaiki air akibat banjir kilat jam 3.40 petang
Sabtu lalu.
Seorang penduduk, Ahmad Tun Zafil Ahmad, 29, berkata, air naik ke paras betis sepuluh minit selepas hujan dan antara terburuk sejak 2011.
Menurutnya, meskipun sebelum ini banjir kilat berulang namun ketinggiannya hanya sehingga buku lali atau lantai rumah berbanding kali ini hingga merosakkan harta benda.
“Kami tak jangka banjir kilat kali ini teruk sampai kami tak sempat alihkan barang yang ada termasuk tilam, almari dan tikar.
“Puncanya longkang tersumbat dan rosak selain penurapan jalan tak sempurna menyebabkan banjir kilat kali ini lebih buruk dari sebelumnya,” katanya.
Katanya, perkara tersebut juga telah dibawa ke perhatian pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya.
0 orang berkata:
Post a Comment