Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERTAMA DENGAR ORANG UMNO SEBUT " I AM NOT YES MAN"

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
MUAR - "I'm not yes man". Itu pendirian tegas yang dinyatakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Pagoh 2015, hari ini.
 
Muhyiddin berkata, beliau berani untuk bercakap benar meskipun kebenaran itu terlalu pahit untuk dirasai dan pada masa ini ramai yang tidak berani  berbuat sedemikian.
 
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggugurkan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dari barisan Kabinet baharunya.
 
Kedudukan Muhyiddin digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 
Selain Muhyiddin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga digugurkan dari barisan Kabinet.
 
 
Mohd Shafie sebelum ini turut menegaskan ‎seorang pemimpin seharusnya sanggup menerima teguran bagi memastikan landasan perjuangan parti itu dapat dicapai.
 
Katanya, ‎ Umno perlu mempertingkatkan perjuangan dalam parti itu dan pemimpin mesti bersedia untuk menerima pandangan lain.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.