Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CANTAS DALAM UMNO BERMULA

Khairul Azwan Harun
Khairul Azwan Harun
HULU TERENGGANU - Tindakan meminta bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan Timbalan Presiden Umno adalah kurang bijak dan wajar ditentang, kata Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.


Beliau berkata, gesaan seperti itu selepas Muhyiddin digugurkan daripada Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya akan menggugat ukhuwah pucuk pimpinan dan institusi parti Umno.

"Ada suara anasir-anasir (pemimpin) dengan secara terbuka mendesak Muhyiddin supaya melepaskan jawatan timbalan presiden. Sebenarnya ini bukan soal Kabinet.

"Dalam soal institusi parti, Pemuda sebagai hulubalang parti akan pertahankan budaya menghormati pemimpin dan tidak mahu meninggalkan contoh tidak baik untuk generasi akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Hulu Terengganu di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pemuda Umno Terengganu, Johari Abu Bakar, yang juga Ketua Pemuda bahagian itu.

Khairul Azwan berkata, dalam soal rombakan Kabinet, ia merupakan hak perdana menteri melantik sesiapa sahaja walaupun bukan dalam kalangan pemimpin tertinggi dalam parti.

"Suara-suara yang menyuruh timbalan atau naib presiden meletakkan jawatan adalah dalam kalangan pemimpin Umno dan ia wajar dan wajib ditentang sebab kalau anasir ini datang dari luaran parti, itu lumrah tapi ini dalaman pula," katanya.

Katanya sebagai ahli Umno semua pihak seharusnya menghormati pucuk pimpinan tertinggi dengan tidak mengira individu.

"Pemuda menghormati perdana menteri yang merupakan presiden parti dan Pemuda juga menghormati timbalan presiden parti dan kesemua pucuk pimpinan...Pemuda tidak menyebelahi mana-mana pihak," katanya.

Sebelum ini, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos menasihatkan Muhyiddin supaya berehat daripada dunia politik dan meletak jawatan timbalan presiden parti.

 
Menurutnya, mana-mana pemimpin yang tidak sehaluan dengan presiden parti perlu berundur untuk tidak menjejaskan sokongan ahli lain dan rakyat terhadap Umno.

Dalam rombakan Kabinet 28 Julai lepas, Muhyiddin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal, selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, merupakan antara yang digugurkan daripada senarai tersebut. – Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Hulu trg bersuara lg berjaga jaga ya semua.hari itu pun sudah hampir polis dpanggil nasib baik dpt kautim.ini suara pemuda pula.kj watch out ye jgn sibuk menjilat

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.